Thursday, November 13, 2008

Yeay!!!

Jeng...jeng...jeng...! Pengumumam....encik dandelinoid mintak pendapat aku ttg storyline dier...clap!clap!clap!...harharhar...

Excited tu...nak je cakap "I am ur biggest fan!"

Biasalah tu. Aku kan peminat dia. Bila dia minta pendapat aku, rasa hepi plak. Storyline tu lebih kurang cam nih:

Tentang one lonely soldier boy...pelajar msia belajar kat korea. Hari2 dia naik bas. Tiba2 hati dia terusik dengan kecomelan wajah sorang gadis korea nih. Hari2 dia bangun awal untuk pastikan dia terserempak dgn gadis tu. Setiap hari ada ja chance untuk dia dekati, atau berkenalan dengan gadis tu la kan, tp semuanya cm sampah. Dia syok gila, tp xda usaha yg wajar. Satu hari dia ada la keberanian berkenal2 dgn gadis tu. Gadis tu bagi respon yg baik gak la. Dan dia kata yang tak lama lg dia akan pindah. Dia keluarkan handphone dari coat dia, dan tak semena2 laki tu terus blah begitu saja...sbb sedih sgt. What the hal???

Komen :
Jalan cerita dah ok. Pembawaan pun dah ok. Cuma 'drama'nya kurang. Tak ada pergolakan. Plotnya mendatar dari awal sampai akhir. Penulis menulis satu penceritaan tantang seorang lelaki, pemikiran lelaki tu, pendapat lelaki tu...semuanya tentang lelaki tu. Skop dunianya kecil. Tak ada respon berbalas dengan persekitaran. Ada sikit2 respon dgn kawan2. Tapi yg banyaknya cerita tentang dia dan penantiannya terhadap gadis tu di stesen bas.

Lelaki dikaitkan dengan sifat yang 'cool', 'rileks', 'macho'...tapi biarlah berpada2 yang encik2 sekalian. Jangan sampai nampak kita seperti satu jasad yang tercipta sempurna tapi tiada berperasaan. Macam cerita tu, apa yg dia rasa kat gadis tu sia2 aja sbb hanya dia yg tahu. Bukan salah orang kalau orang tak dapat tangkap apa yang kita rasa. Sebab kita yang tak bertanggungjawab untuk mengekspresikan perasaan tu kat orang lain. Cinta tu suatu perkara yang abstrak. Tak siapa tahu. Kadang2 kita perlukan sedikit keberanian untuk dapatkan kebahagiaan yang kita mahu untuk seumur hidup ni. Gadis tu sebenarnya dah bertindak sedikit berani untuk move one step ke depan. Malangnya respon watak lelaki tu ialah "blah begitu saja". Tentu saja dia rasa tidak dihargai dan sedikit malu. 

Malu tu menunjukkan kita ni ada iman. Tapi jangan sampai kita mensia2kan rasa dan peluang yang Allah anugerahkan. Apa yang kamu dapat??? Menanti agar diberi peluang buat kesekian kalinya...mengharapkan gadis itu di stesen yang sama...stesen bas. Dalam saku coat kamu masih ada barang yang belum diberi...tak tahu bila boleh beri....

well...aku bagi 3 bintang daripada 5.

No comments: