Sunday, May 10, 2009

Linut



Bagi masyarakat Sarawak, mereka mungkin familiar dengan makanan yang aku paparkan di atas. Makanan tu di panggil 'linut' ataupun 'embuyat' (if i not mistaken la...'buyat' atau 'embuyat', i'm not sure). Macam mana  ianya dibuat??? Jangan tanya. Saya pun tak tahu. Yang pasti ianya dibuat daripada pokok sagu.

Fizikalnya seperti gam. Rasanya ....em...aku pun tak pasti. Tak ada rasa kot. Susah untuk aku gambarkan rasanya. Melekit dan teksturnya memang tak ubah sepeti gam. Ianya merupakan makanan tradisi untuk masyarakat Melanau. Aku juga sebenarnya tak faham macam mana masyarakat Melanau boleh makan Linut ini setiap hari. Bukan lah aku mengkritik makanan. Cuma aku rasa selepas makan linut ni, perut aku memboyot sebab sangat kenyang. Lebih kenyang daripada nasi!!!!

Apa yang menarik linut ini menjadi menu pilihan apabila bilangan ahli keluarga yang ramai datang berkumpul beramai-ramai. Barulah ianya menjadi semakin sedap. Makanan gandingan linut ini ialah sambal ikan bilis yang lebih masam, sayur keladi, ikan goreng...itu yang aku tahu. Mungkin ada pendapat lain yang boleh diambil kira lagi.

Aku bukan penggemar linut ni. Agak terkenang kepada rumet aku, orang Melaka yang teringin sangat makan menda ni. Eager katanya. Maaf rumet. Tak berpeluang nak bagi ko rasa. Datang la Sarawak...aku bagi ko makan linut ni sampai tembun.

Macam2 menda nak makan di rumah. Mulut aku pun tak abis2 mengunyah....hem...Home Sweet Home~

p/s : From my sister in law a.k.a Aimin's mother~ Iban sebut 'linut'...Melayu Sarawak sebut 'Lemantak'...Melayu Brunei sebut 'ambuyat'...I proud to be Malaysian, Malaysia truly Asia....huhu...

Thursday, May 7, 2009

Jiwang

Tak tahu napa. Aku amat feeling bila mendengar lagu ni...layannn...




Kerna sekali cinta...aku tetap cinta~

Home Sweet Home

Aku dah berada di rumah dalam 5 hari. Tak ada banyak aktiviti menarik yang aku buat pun. Mak aku masih berada di Bintulu. Menjaga kakak aku yang baru je lepas bersalin. Aku jadi ketua kampung di rumah. Mengemas, memasak, jadi nanny kepada anak buah aku...Aimin.

Berikut adalah gambar Aimin yang sangat hepi apabila di bawa berjalan2 di luar rumah.





Bila dah ada kat umah...keja aku tadak lain. Memasak. Memasak. Dan memasak. Hasilnya...bagi kat jiran2 sebelah. Sebabnya famili aku dah tembun makan makanan yang aku masak. Saja aku nak try skill aku, masih boleh tak masak setelah lama meninggalkan dapur.

Kebetulan masa aku banyak dihabiskan bersama Aimin, aku masak macam2 jenis kesukaan kanak2 aku masak. Semuanya manis2...sekarang aku tahu kenapa budak2 suka aku. Pudding, kek cokelat, dan resipi yang baru sekali aku cuba buat aiskrim. Tak berapa nak jadi. Tapi boleh la...

Nasib baik ada Aimin di rumah. Tak da la aku mati kebosanan. Bila balik kampung, aku jenis yang memang terperap di rumah. Bukan tak ada kawan ajak berjalan. Ntah...aku malas nak bersesak di tempat yang ramai orang. Bercerita perkara2 yang lepas...(bunyi macam anti-sosial kan). Rata2 kawan akan ajak pegi shopping mall...tengok wayang. How I wish ada kawan mengajak aku g pantai atau g kelas mengaji sama2. Hahaha...hem...ikhlasnya memang itu yang aku fikir selama ni.

Bila masa2 aku diisi dengan menjaga si Aimin ni, jauh di sudut hati aku kesian kat dia. Ye lah, budak yang ditinggalkan ibunya sementara pergi bekerja. Terdetik di hati aku, bila aku dah kawen dan ada anak nanti, aku pun mesti bekerja dan meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain kan? Aku punya cita2 untuk jadi ibu yang baik. Menjaga dan membesarkan anak dengan tangan sendiri. Tapi tu dulu. Bila dah besar aku makin banyak berfikir. Wanita kalau nak selamat, jangan sesekali berhenti kerja. Kerana lelaki adalah makhluk yang tak akan boleh dijangka walau cinta padanya dalam sampai ke perut bumi. Kerjalah penyelamat apabila wanita ditinggalkan.

Eh...kenapa aku bercerita hal ni?

Aku nak kawen ke....??!!!!

Owh...tidak!!!!

** End Of Boring Mood**