Tuesday, July 28, 2009

Gara-gara Michael Bay

Transformers : Revenge of the Fallen yang lepas aku telah tonton bersama As, kat cineplex Miri. Jalan ceritanya agak kureng...mgkin sebab banyak watak Decepticon berbanding dengan Autobots. Tapi actionnya aku bagi 5 star. Masa tgh menonton, ada gak la beberapa kali wayang tu xkuar bunyi, masa tgh action tragis lak tu. Rasa mcm nak mengamuk tgh syok2 tgok, ada plak gangguan cm tu. Rm 10 beb... Aku ada gak bercadang untuk menonton kali ke 2, tp al maklumlah. praktikal ni...bz yang amat!


Bebalik kepada Michael Bay. Gambar di atas telah aku jadikan back ground lap top aku.  Dan aku juga turut menginstall screen saver transformer. Skala umur staff di sini adalah dalam lingkungan 40-an. Minat aku terhadap transformer mendapat tentangan habis2an kerana bagi mereka langsung xmasuk dek akal. Akuy rileks jek...paham. Kalo aku dah dewasa skit, maybe aku pn berpendapat begitu jgk kot.

Tapi semenjak aku menggunakan screen saver transformers ni (kat screen savers tu banyak gambar Megan Fox yang hot gila!), banyak plak staff yang bertanya.... "ada lg x cerita tu kat panggung wayang?", "perempuan tu heroin ceta ni ke?" dan "best ke ceta tu, ko ada download x?" ......erk......

Gambar Michael Bay yang menjadi background lap top aku manjadi bahan gurauan staff2 di sini. "eceh suzana, ada cita2 nak kawen dgn orang puteh nampak" aku pun jawab..."ada la jugak"...bila aku toleh sebelah, BOS aku rupanya!!!

Akuxda la obses dgn transformers ni. Cuma aku kagum dgn kerja Miachael Bay. Cerita2 yang dia buat susah aku nak lupa. Tak ada soal obses disini. Lagipiun background piramid dan helikopter dalam gambar tu cantik. Jadi aku copy. Itu saja!

Monday, July 27, 2009

New Me

Pengalaman berkawan masa di universiti dulu, banyak yang pahit daripada manis. Ada yang membuatkan aku xbetah nak berkawan rapat dan berbaik sangat dengan sesiapa. Kelembutan kadang2 membuatkan kita menjadi bodoh tanpa kita sedari. Di tempat praktikal ni, aku cuba menjadi profesional, bergerak sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Pengalaman dulu2 masih berbekas dan kadang2 membuatkan aku sedih. Itu baru sedih berkawan, kalau sedih sebab centan...aku tak tahulah kan. 

Tapi bukan senang nak berubah untuk menjadi orang yang tak peduli/tak respon terhadap sekeliling. Sebab aku memang orang yang mempunyai tahap keperdulian yang tinggi (bukan aku cakap, orang cakap). Orang2 di Miri Port ni sangat baik. Susah aku jugak kalau aku bersifat terlalu "menyimpan". Ternyata...orang dewasa memang berbeza dengan remaja. Setiap pagi aku bangun dengan penuh semangat ke tempat praktikal, no doubt, projek2 tu memang menyesakkan kepala aku. Tapi....I like being in here.

Terlalu baik dan menarik untuk tidak mempeduli atau tak ambik kisah. Aku buat kerja aku dan berkawan seperti biasa...Jauh di sudut hati...agar semua yang dulu tak berulang lagi. Aku berharap aku boleh berkawan dengan baik, tanpa meng'iya'kan semua perlakuan.