Friday, February 27, 2009

Konfius...

Entry pendek

Aku konfius. Kepala serabut. Mata tak ngantuk. Nak tidur tak lelap...baik aku sibukkan diri dengan soalan regression yang akan buat aku tak bole nak pk benda lain. Malas nak amik pot perasaan orang. Perasaan aku lagi kesian.

**Tawar Hati**

Beban

Macam mana aku nak mulakan....?

Perasaan aku sekarang ringan sangat. Seolah2 beg sekolah yang penuh dengan buku teks, dah lepas daripada bahu aku (apa la punya perumpamaan). Malam ni aku dah buat perkara yang diluar jangkaan aku. Bersemuka dengan mereka yang dah tak bertegur sapa dengan aku hampir setahun. Berbicara dari hati ke hati. Bukan untuk memperbaiki keadaan, sekadar untuk mendengar kata hati yang tak sempat nak diluahkan sebelum ni. Entah dari mana aku dapat kekuatan untuk bersemuka dengan mereka. Mungkin kerana masalah yang membelit aku sekarang membuka mata aku untuk berfikir sekali lagi adakah jalan yang aku pilih sekarang tepat?

Sebelum jumpa mereka aku kumpulkan seluruh kekuatan yang ada dalam diri aku untuk melangkah...mencari mereka. Masalah yang terjadi kali ni benar2 mendatangkan keinsafan...iaitu jangan hanya menilai dan fokus pada satu jalan. Kerana jalan itu belum tentu membawa kepada pengakhiran yang menggembirakan. Aku sebenarnya bukan watak utama dalam kejadian konflik mereka nih. Tapi entah kenapa atas dasar simpati dan mendengar daripada satu pihak ja...aku pilih apa yang aku nampak, yang jelas dan terang. Aku tak fikir panjang. Terikut2...Aku tak tahan dan tak mahu menanggung dosa kering. Aku tepis segala keegoaan. Dan akhirnya beban aku terlerai.

Aku dah dengar apa yang mereka ingin kata. Dan mereka dah dengar apa yang aku ingin kata. Bukan untuk mengenal pasti sapa salah, sapa betul. Cukup sekadar mereka tahu aku tiada menyimpan sebarang dendam dan aku masih menghargai kebaikkan mereka kepada aku. Kami sama2 menangis bila mengingati kembali semua tu....kenapa kami yang tidak bertegur? Padahal itu semua sebenarnya bukan masalah kami...

Ini baru berbicara soal kawan...dan aku sudah mulai tersalah pilih. Kalau nak cari suami macam mana? 

Ah....benda da lepas. Sekarang beg sekolah yang penuh dengan buku teks dah lepas daripada bahu aku....

Sunday, February 22, 2009

Good Presentation

Apa yang best hari ni...?

Emm...ya. Presentation.

Dalam reseach methadology hari ni ktorang kena present sal literature review. Sebelum tu aku ada test non-para. Kalo aku xdapat present, xlarat ke...aku dah pesan kat group member aku, shikin untuk present bg pihak aku. Tapi exam non-para tu masih boleh aku katakan senang dan xmempengaruhi emosi aku sangat, so aku amik keputusan untuk present je la. Lagipun presentation kali ni ada markah. Bukan aku xyakin dgn group member aku lain untuk present, tp kali ni aku yang banyak buat keje, so aku rasa aku lebih tau. Hopefully, aku dapat present elok.

Tajuk research aku STRESS LEVEL IN UUM'S COMMUNITY. Cam simple, tp nak menjadikannya research susah gak. Dalam aku dok pot pet pot pet...aku try elaborate sikit2. Yang paling banyak respon bila aku katakan stress level ni ada kaitannya dgn relationship seseorang, di mana orang yang belum kawen ni lebih mudah stress banding yang dah kahwin. Kenapa? Sebab bila kawen, orang tu having seks. Bila having seks, diorang dah keluarkan sejenis hormon (yang namanya aku malas nak menaip, panjang sgt). Jadi, secara tak langsung fisiologi diorang balance dengan emotional. Ye ke? Cam tu la lebih kurang. Aku dapat information daripada journal. Malas nak baca yang lelain, aku just nak cari kaitannya dengan stress ni.

Macam biasa, kaum yang paling berminat adalah kaum lelaki. Macam2 depa tanya aku. Mana la aku tau. Ingat aku mengkaji bidang seksologi apa. Kaitan stress dgn kesihatan, umur, jantina tadak plak diorang tanya bebanyak. Hehe...Aku pun selamber badak menerangkan apa yang aku tau.

Aku tau ada yang xselesa. Terutamanya pmpuan. Ada lagi yang tak berfikiran terbuka tak boleh menerima perbincangan tentang hal tu secara terbuka. Apapun, aku puas hati. Pensyarah kesayangan aku yang baik hati, puan sharipah memuji presentation aku. Dan dikatakan "good presentation" . Tapi selepas aku, Darrel plak dapat title  "best presentation". Hehe...apa2 je lah. Yang penting nama aku dan dia selalu kena sebut dalam kelas tu. Tak Darrel, Suzana. Tak Suzana, Darrel. Kenapa? Senang ingat kot. Apapun, aku hepi. Mungkin dah lama tak kena puji dengan pensyarah kot (kot...kot...baju kot ke?), salu kena lecture je. Heh!

Hem...rasanya kita bukan rakyat tanah Melayu lagi. Kita kan rakyat Malaysia. Berbincang dan menyebut soal seks demi dikaitkan dalam pendidikan pun jadi masalah, macam mana kita nak hadapi perkara yang lebih susah? Kesantunan gadis melayu tak dapat selamatkan kita. Ilmu yang dapat membantu. Bagi aku tak perlu takut berbicara soal2 yang sensitif dan agak menyeberang dari asas kesopanan seorang gadis...nama pun belajar kan.

Friday, February 20, 2009

Monyet Macho

Dalam pada masa aku nak pegi cuci tangan (lepas makan), ada la sekelompok bebudak hostel aku ni dok sibuk memerhatikan sesuatu. Berbisik2 antara mereka. Tapi aku memang dapat agak la benda yang mereka perhatikan tu mesti "adorable". Mungkin anak kucing kucing ke...tak pun ada budak ke...baby ke...ntah la.

Aku merapati mereka...

Rupa- rupanya ENCIK MONYET....ntah la...BERUK kot.



Dalam hati aku terdetik...."kiut jugak". Aku bergegas ke bilik amik kamera aku. Amik gambar. Percaya atau tak depa ni suka posing tow. Lepas yang sekor ni balik...datang sekor lagi...dan sekor lagi. 

Aku takut gak amik gambar diorang ni. Ye la...kot2 pas tu diorang terkam aku. Mamposs..." Lepas ni kena jaga2 la. Pintu xleh selalu bukak, xsedar diorang masuk kang. Lagi kasut tu...letak dalam bilik tow. Diorang pandai ambik" Kata salah seorang kakak memberi nasihat. Teringat kasut aku yang ada kat luar tu. Terus aku masukkan kat dalam. Tak de keje aku nak beli kasut lagi!

Bebudak UUM ni bertuah sebenarnya...xpayah buang duit pegi zoo untuk melihat secara dekat spesis2 hidupan liar....

Thursday, February 19, 2009

Boros

Boros... mgu lepas aku pergi la jejalan ke penang (ada hal yang tidak diingini berlaku, dan aku menyampah untuk mengulas lanjut). Di sana aku shopping la sikit. Aku rasa sikit. Tapi banyak jugak rupanya. Tak apa lah kot, pmpuan kalo lama da tak keluar shopping....sekali da kuar, duit mengalir cm tu ja. 

Kasut. Dalam kepala otak aku memang nak beli kasut. Sebab apa...? Ya....kasut aku kena curi...Tak pasal2 kena keluar duit beli lagi. Cadangnya aku xnak beli kasut sampai tamat sem ni. Tapi nak buat cm mana, dah xda kasut. Tambah pulak jalan kat UUM ni penuh dgn liku2...onak dan duri. Justeru, aku perlukan kasut yang baik untuk melalui perjalanan di jalan berliku UUM ni.

Masa mula2 masuk mata aku terus tertancap pada kasut ni. OMG! I love it! Harga pun sedang2...RM31.90. Ok...rembat...



Kendian...masuk kedai satu lagi. Aku teringat dengan tabiat aku yang selalu masuk kelas lewat. Kalo da lambat kena lari. Kalo nak lari, pakai kasut tadi mesti x sedap. So... aku kena beli satu pump shoes sebagai persediaan sekiranya aku dah terlambat g kelas. Dengan pump shoes...aku boleh berlari laju. Tengok kasut ni, agak berkenan. Ingat nak amik kaler hijau zamrud, tapi xda saiz aku plak (kaki aku agak besar di depan, so memang susah nak cari kasut yang betul2 fit in dgn kaki aku). Pilih je la warna kuning ni. Boleh tahan. Rm 30.90....ok...rembat lagi.



Kiranya aku baru belanja dalam tujuh puluh lebih. Kalo beli baju sepasang xpa kot...Hehe. Aku terminat plak dgn jaket denim ni. Rm99. Nicci.  Mahal untuk aku. Tapi aku dah jatuh hati. Beli je la. Nanti balik teringat- ingat plak. Tapi kat bahagian lengan agak ketat. Tak pa...nanti aku work-out, mesti ngam.



Kiranya aku dah bazirkan seratus lebih. Tapi rasanya aku memang beli benda yang perlu...kasut. Baju tu tereksiden beli. Tak apa la. Aku cuba jimat...namum gagal lagi. Mgkin kerana aku pmpuan biasa. Pmpuan dan shopping mmg xdpt dipisahkan.

Well...at least dalam amount seratus lebih aku beli 3 benda. Cuba teka kalo lelaki, dalam jumlah tu depa belanja apa? Samada seluar jeans levi's...xpun kasut adidas sepasang. Hehe..pmpuan masih di hadapan, alah membeli dan masih menang memakai.


Tuesday, February 3, 2009

Romantic Road

"Romantic road kte da tak romantic..."
Rumet aku menegur perubahan tu. A'ah. Betul la. Dulu romantic sangat romantic sebab setiap kali lalu di situ, seolah2 dunia ni tiba2 menjadi redup, kelam...sunyi. Daun2 pokok pun bertaburan.

Sekarang da tak romantic...sebab banyak pokok dah ditebang. Atas alasan apa? Aku pun xpasti UUM nak bina apa sebenarnya. Banyak pokok dah kena tebang, tanah dikorek....

Aku sedih. Dah tak romantik!