Thursday, November 13, 2008

Yeay!!!

Jeng...jeng...jeng...! Pengumumam....encik dandelinoid mintak pendapat aku ttg storyline dier...clap!clap!clap!...harharhar...

Excited tu...nak je cakap "I am ur biggest fan!"

Biasalah tu. Aku kan peminat dia. Bila dia minta pendapat aku, rasa hepi plak. Storyline tu lebih kurang cam nih:

Tentang one lonely soldier boy...pelajar msia belajar kat korea. Hari2 dia naik bas. Tiba2 hati dia terusik dengan kecomelan wajah sorang gadis korea nih. Hari2 dia bangun awal untuk pastikan dia terserempak dgn gadis tu. Setiap hari ada ja chance untuk dia dekati, atau berkenalan dengan gadis tu la kan, tp semuanya cm sampah. Dia syok gila, tp xda usaha yg wajar. Satu hari dia ada la keberanian berkenal2 dgn gadis tu. Gadis tu bagi respon yg baik gak la. Dan dia kata yang tak lama lg dia akan pindah. Dia keluarkan handphone dari coat dia, dan tak semena2 laki tu terus blah begitu saja...sbb sedih sgt. What the hal???

Komen :
Jalan cerita dah ok. Pembawaan pun dah ok. Cuma 'drama'nya kurang. Tak ada pergolakan. Plotnya mendatar dari awal sampai akhir. Penulis menulis satu penceritaan tantang seorang lelaki, pemikiran lelaki tu, pendapat lelaki tu...semuanya tentang lelaki tu. Skop dunianya kecil. Tak ada respon berbalas dengan persekitaran. Ada sikit2 respon dgn kawan2. Tapi yg banyaknya cerita tentang dia dan penantiannya terhadap gadis tu di stesen bas.

Lelaki dikaitkan dengan sifat yang 'cool', 'rileks', 'macho'...tapi biarlah berpada2 yang encik2 sekalian. Jangan sampai nampak kita seperti satu jasad yang tercipta sempurna tapi tiada berperasaan. Macam cerita tu, apa yg dia rasa kat gadis tu sia2 aja sbb hanya dia yg tahu. Bukan salah orang kalau orang tak dapat tangkap apa yang kita rasa. Sebab kita yang tak bertanggungjawab untuk mengekspresikan perasaan tu kat orang lain. Cinta tu suatu perkara yang abstrak. Tak siapa tahu. Kadang2 kita perlukan sedikit keberanian untuk dapatkan kebahagiaan yang kita mahu untuk seumur hidup ni. Gadis tu sebenarnya dah bertindak sedikit berani untuk move one step ke depan. Malangnya respon watak lelaki tu ialah "blah begitu saja". Tentu saja dia rasa tidak dihargai dan sedikit malu. 

Malu tu menunjukkan kita ni ada iman. Tapi jangan sampai kita mensia2kan rasa dan peluang yang Allah anugerahkan. Apa yang kamu dapat??? Menanti agar diberi peluang buat kesekian kalinya...mengharapkan gadis itu di stesen yang sama...stesen bas. Dalam saku coat kamu masih ada barang yang belum diberi...tak tahu bila boleh beri....

well...aku bagi 3 bintang daripada 5.

Wednesday, November 12, 2008

Manusia dan Rasa Kecil Hati

"Aku wanita...aku kaum hawa...yang rapuh hatinya" lebih kurang cam tu la-petikan lagu Siti Nurhaliza (aku bukan peminat Siti).

Aku akui aku memang jenis mudah terasa. Tapi aku tak pernah complaint kalo aku tak puas hati terhadap sesuatu. Itulah masalah aku. Untuk individu yang lancang sedikit bahasanya, atau memang jenis tak ambil kisah perasaan orang, benda2 terasa ni mungkin benda minor je bagi dia. Tapi tak untuk aku.

Sepanjang hidup aku, aku memang jenis yang sentiasa buat orang pleased..whenever, whoever or whatever condition it was(kalo tak caya bole rujuk kat kawan2 lama aku. Kadang2 aku mmg over untuk buat org lain suka, tapi baki untuk aku hanya duka). Aku terasa gila2 bila org tak cuba buat aku pleased. Bukan mengharapkan balasan. Cuma...tolonglah...jaga la hati aku jugak.

Sebenarnya masalah ni kecik ja. Remeh org cakap. Makin lama kita hidup, makin banyak jenis orang yang kita jumpa dan berkongsi hidup. Harap aku boleh terus bersabar dan tidak menyakiti sesiapa. Mak aku cakap "biar orang buat kat kita. Jangan kita buat kat orang"...


Tuesday, November 11, 2008

Biarlah Rahsia ( aku bukan peminat Siti Nurhaliza)

Pagi tadi ada perasaan yang berat bergelumang dalam hati aku ni (cewahh...bergelumang tu..). Ingin aku luahkan di sini, but that is not possible. Lagipun aku tak nak salah gunakan blog aku ni tempat luahkan perasaan hati (walaupun ada, but it was not totally). Hari ni mood stadi agak baik. Hope esok aku leh bangun sedikit awal daripada biasa. Semangat aku tengah berkobar2 neh...Bukan apa..aku terasa dengan satu menda. Sounds like this...

"Hey, hey! i'm studying in jakarta now! taking after your ambition to become a doctor :) i confess that i haven;t have gone this far without the Lord's help...thank you so much for your care and concern throughout these years!"

Aku amik petikan nih dari friendster kawan aku mumu. Junior kitorang kasi comment kat dia. Budak neh nama Isabella...budak nih dulu deeply in love ngan mumu. Baik sangat2 budaknya. Cantik. Lebih penting..pandai. Kira dia ni rupa selari dengan otak la. Cukup sempurna. Aku terasa sikit dengan commentnya. Simple..tapi berisi. Dan aku insaf, sebagai muslimah. Kita marah dan melenting bila orang memperkecilkan agama kita. Tapi sejauh mana pembawaan kita dan agama kita tu? Apa yang kita dapat selama ni... adakah kita ingat datangnya dari mana? God bless her. Aku kagum dengan dia. Semoga dia berjaya dan bahagia dalam hidupnya. Lalu aku muhasabah diri. Bagaimana dengan aku? I got to change something. Something that is very important. Kalau aku mahu berubah...pasti saja boleh. Terima kasih Isabella. Aku juga tak sangka aku dapat rasa keinsafan ini dari saudara bukan muslim....aku berubah. Semuanya akan aku bukukan sahaja dalam hati. Tapi aku akan usaha untuk sempurnakannya. Apa dia ? Biarlah rahsia...(ditegaskan di sini..aku bukan peminat Siti Nurhaliza)

Monday, November 10, 2008

Keliru

Mungkin mood aku tak baik. Atau aku yang banyak berfikir. Rasa kesal dan kecewa menyesakkan hati aku...kenapa manusia berubah? Aku kecewa ngan kawan2 aku yang dah lost-contact. Especially x-skul aku dr smk baru...aku rindu dan tak pernah lupa. Aku dah penat berusaha. Asyik2 aku yg tanya khabar diorg. Bukan berkira. Just terasa. Aku dah penat make peoples around me pleased all the tima. Ya...aku sayang korang semua. Tapi aku lebih sayang diri aku. Aku pun nak dihargai mcm aku hargai korang. Unconditional. Without any reason..aku sayang korang. 

My frens...aku rindu korang semua. Tapi kenapa kita tak berusaha untuk berjumpa..borak2...bergurau...ceta balik kisah2 lama. Betapa mudah kita dilupakan. Aku dah berhenti berharap dengan kamu semua. Aku  ambik keputusan nak tumpukan apa yg ada di depan mata aku...usahakan sampai berjaya. Aku dah penat menyayangi dan menghargai persahabatan itu sepenuh jiwa...tp tak pada korang. Aku harap bila kita jumpa semula nanti...atau suatu masa kelak...semuanya akan jadi baik. I give up on u guys...

Saturday, November 8, 2008

When Love Is In The Air

Hari ni mood study aku agak baik. Perhatian agak baik. Aku memang jenis tak boleh duduk depan buku lama2. So bila ada perubahan dalam perhatian aku tu, aku cepat sedar. Sekarang ni agak suka layan lagu Lucky (by Jason Mraz and Colby Calliat). Bila dengar je suara mamat Jason nih msti aku teringat mumu. Favourite artist dia. Siap pernah dedicated lagu " I'm Yours" kat aku. Biasanya lagu2 begini ' when love is in the air ". Well...pendapat aku jawapannya memang 'ya'. Perempuan ni bila dia jatuh cinta senang sikit nak perati...Tak percaya...??? Bandingkan evidence2 daripada pengalaman aku di bawah dengan kelakuan kamu/kawan kamu/sesiapa saja yang tgh meraikan cinta!

  • Kamu tidak sukakan perhatian atau diperhati. Warna2 garang dan galak terutamanya merah kamu selalu dielakkan. Tapi bila cinta mula berputik...there she goes...'red pumps shoes, red buble gown..red earing...red dress...red lipstic'. Merah jadi suatu pemangkin mood kamu sekarang!
  • Kamu bertukar daripada wangian bunga kamelia kepada wangian rose...
  • Memulakan hobi menanam bunga...bunga rose
  • Favourite music kamu adalah R&B, UG, slow rock. Kini kamu mula membeli CD atau kaset band Matta, Samson, D'Massive dan Peterpan. Lagu yang kamu putarkan berulang2 kali adalah "bukannya aku takut" daripada mulan Jameelah.
  • Dulu kamu gemar membaca majalah fesyen atau manga. Kini kamu mula melanggan atau meminjam novel cinta daripada kawan kamu.
  • Kurang selera makan. Bukan atas sebab diet. Pengabaian terhadap makan happened naturally kata omputeh.
  • Mandi basah...(mandi tak basah tu maksudnya tak mandi la kan. mana ada mandi takbasah)
  • Tidur tak lena...(iya ke. tak semua orang kot)
  • Cenderung untuk bergaya walau di mana saja. Di tempat kerja, ke kedai runcit atau keluar rumah untuk ambil angin petang. Kamu sentiasa cantik. Kecuali selepas bangun daripada tidur (itu diluar kawalan kamu)
  • Mula memakai high heels...sudah bosan dgn pumps shoes.
  • Mula rajin ke dapur untuk belajar memasak.
  • Apabila kamu tgh layan lagu jiwang, seakan2 masa terhenti dan bumi ini jadi pegun. Lagu itu hanya kamu tujukan buat kekasih kamu.
  • Hanya satu nama yang selalu kamu sebut atau tersebut...@@@@@....kekasih kamu.
Tapi yang di atas tu hanya pendapat aku dan daripada pemerhatian aku. Setiap orang pasti mengalami symptom2 yang berlainan. Ntah apa2 la entry aku kali ni. It just came out. Baik gak...daripada kosong kan???




Thursday, November 6, 2008

Adam dan Hawa...Kenapa kamu berbeza

Kepala aku penat memikirkan hal final exam setiap hari. Lebih2 lagi sekarang aku punya masalah besar yang baru iaitu IMSOMNIA. Setiap malam aku tak dapat nak tidur walaupun aku telah bersedia baring di atas katil 3 jam lebih sebelum itu. Bila tempahnya dah cukup 4 jam dan aku belum tidur2 juga, aku rasa masa aku dah banyak terbuang dan akan bangun untuk menyambung stadi semula. Hari ini aku tidur petang dengan sangat nyenyak. Penat mgkin. Tapi umpama masalah yang aku cari sendiri, dah tentu malam ni aku tak boleh tidur langsung sampai ke pagi. Hem...tak apalah. Tak kan nak makan pil tidur pulak kan...Kepada sahabat yang membaca blog aku ni, sila beri komen kamu mcm mana aku nak atur semula tabiat tidur yang sihat tu.

Pusing. Tiba2 terfikir isu perempuan dan lelaki. Adam dan Hawa. Maybe pengaruh daripada filem Sex and The City malam tadi. Walaupun agak ''kedewasaan', tapi  banyak membuat aku fikir dan berfikir...dan berfikir. Lelaki, kenapa kau begitu? Dan perempuan...kenapa kamu begini. Aku tak faham. Yang pasti, perbezaan itu yang membuatkan perempuan dan lelaki saling memerlukan kat dunia ni. Di bawah adalah sorotan pendapat aku tentang perbezaan itu... DIINGATKAN...hanya pendapat aku...

JIKA ADA RM300, KAMU AKAN
Adam : Beli sepasang kasut kegemaran kamu. Jenama Adidas. RM299.90
Hawa : Gaun hitam putih, Purple Dotz, RM69. Charm hitam, Vincci Accessories,RM29. Beg bimbit putih, Vincci Accessories, RM33. Kasut pumps merah jambu, Larrie, RM33. Anting lekap Mooie, RM12. Kaca mata bingkai putih, Vincci Accessories, RM 29. Bobby Brown Empty Palettes, RM40. Maybelline Watershine 3D Kolagen RM40. Jumlah RM RM285.

TERLEWAT BANGUN PAGI, ADA 20 MIN LAGI SEBELUM WAKTU KERJA KAMU BERMULA
Adam : Rileks. Bangun. Pergi toilet. Cuci muka ala kadar. Tak gosok gigi, tak apa. Kumur2 cukup. Pakai bagju tak sempat gosok. Start motor...vroomm...blah.
Hawa : Alamak! Terkocoh2 pegi bilik mandi. Walaupun lambat masih ambil masa at least 15 min untuk mandi. Make up minimum setengah jam. Baju kena gosok jugak. Datang tempat kerja lewat satu jam setengah. But still in a good look. Alasan kat bos, "i sakit perut la pagi td".

JIKA KAMU ADA MASALAH, KECEWA,  ATAU GERAM...
Adam : Mendiamkan diri. Call tak angkat. Msg tak balas. Susah nak ajak keluar atau jumpa. Bila ditanya, "tak ada apalah. semua ok aja". Bila da setel semua baru dia nak bagi tau masalah dia yg da selesai.
Hawa : "I geram lah dengan u ni. I ni siapa pada u. Buat dekk je...bla..bla..bla..bla..." Semuanya akan baik semula apabila dia dipujuk, diberi bunga, hadiah...ok. setel.

PENDAPAT TENTANG HIDUP
Adam : Life is short. Jadi tak payahlah nak ambil berat tantang semua perkara. Hidup kena enjoy
Hawa : Life is short. So kena cari kebahagiaan yang sempurna sampai hari tua. Kena ambil kira semua perkara supaya nanti tak menyesal kemudian hari.

Hem...otak aku beku. Banyak lagi sebenarnya. Tapi nak sambung stadi. Memamng ketara beza laki dan perempuan...Dan aku adalah perempuan. Walaupun kita(wanita) insan yang lemah, itu tak bermaksud kita kena bergantung kepada lelaki untuk menjadi pelindung sepanjang hidup kita. Stand for yourself. Take a responsibility for yourself. Jangan jadi hamba cinta. Kamu setengah mati mencintai dia, mencari jalan untuk menggembirakan dia setiap hari. Tetapi di belakang dia ketawa berdekah-dekah melihat tindakan bodoh kamu. Dan lelaki, harus pandai menghargai. Perempuan memang lebih banyak daripada lelaki. Tetapi yang ditakdirkan untuk kamu hanya satu. Bukan material yang dipinta. Kadang-kadang, jika perasaan hati yang tidak dapat dilihat itu disimbolikkan dalam suatu bentuk hadiah untuk si dia, sudah pasti lebih bermakna. Lelaki dan perempuan. Kamu berbeza. Tapi saling memerlukan.







Tuesday, November 4, 2008

STIMULASI KENDIRI!

elen_kewl : weh...ak riso la koprat
a:apsal??
elen_kewl : fact sheet n press release
elen_kewl : ak x pandai buat
elen_kewl : x paham taw
elen_kewl : ko paham??
a: maner aku tau
a: ala ko refer balik exmen individu tue
a: y pentig ko kena betol2
a: jgn siap lplak exmen tue
elen_kewl : masalahnyer xmen tuh pun xtaw btol ke tak
elen_kewl:tu kan tiru org jer
a:betol kot aku copy pes jek

a:aku amik yang t@@@@ punyer
a:x kan dier silap kot??

(ak SENTAP jap...)

elen_kewl :ntah la <-- ak dah rasa lain..
a: hehehehehehe
a: ko nak tgk x??
elen_kewl : buat ape <-- sampai ati nak tanyer cmtuh!
a: kot ko nak refer ker..
elen_kewl : xnak...
elen_kewl : feels like betraying myself
a: fine!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
a: ok2
elen_kewl: ok

Ni la perbualan yang menyebabkan rumet aku meluahkan perasaan dier petang tadi. Aku bukan nak encourage dia for being or thinking negative about other people. Tapi rasanya aku faham apa yang dier rasa. Apa yang dia maksudkan...well...aku mudahkan rentetan cerita seperti di bawah.

Pada suatu hari, ada sekor kucing namanya Cik Meow. Cik Meow berkawan baik dgn katak dan tikus. Nama katak dan tikus tersebut ialah Cik Ong dan Cik Kus. Mereka berkawan baik. Mereka merasakan ada persamaan di antara mereka. Pada masa itu mereka merasakan yang mereka akan 'happily ever after'. Dalam pada masa yang sama, Meow, Ong dan Kus bertemu dengan sekor Ular yang namanya Cik Sss. Apabila masa berlalu, barulah yang Meow sedar terdapat ketidakselesaan diantara dia dengan Kus dan Ong. Kus dan Ong bersikap pengotor dan tidak bertanggungjawab. Selalu mengambil mudah terhadap semua perkara sehinggakan Meow berasa fed-up terhadap mereka. Meow pun meluahkan perasaan tidak puas hatinya tehadap Sss. Ketidaksefahaman semakin ketara sehinggalah berlaku pergaduhan di antara Meow, Kus dan Ong. Tidak ketinggalan Sss pun sama. Mereka berpecah. Kus terus bersahabat dengan Ong kerana mereka sama fe'el tak responsible tu. Meow pun meneruskan hidupnya bersama Sss. Tetiba pada suatu hari Sss berbaik-baik semula dengan Kus dan Ong. Meow mula rasa dirinya dikhianati. Tetapi, dia still bole control lg. Katanya, 'well, it's ur life anyway'. Meow tak boleh nak control dah bila Sss mula hang out plak dengan depa. Apokobondo eh??? 

KESIMPULAN
Meow berhak untuk rasa begitu. Kan Sss tu dah idup ngan dia. Tempat dia luah perasaan. Dan tahu segala cerita. Kalau nak berbaik tu, yes it still hak dia. Tapi tak payah la tunjuk dengan kuar hang out segala. Of course dia dah berharap Sss faham perasaan dia dan apa yang dia lalui. Meow kucing biasa yang punya perasaan sensitif. Hidup bersama dan berkawan rapat dengan Sss membuatkan Meow mengeluarkan stimulasi kendiri yang berbunyi " aku dah berkawab rapat dengan dia. Aku boleh mengadu kat dia. Aku percaya dia" Tiba2 Sss menunjukkan satu perlakuan yang tidak sensitif terhadap Meow iaitu hang out dengan Kus dan Ong. In the whole world, why them? And why did you showed it to Meow??? Sudah tentu...akhirnya Meow akan mengeluarkan stimulasi kendiri sekali lagi iatu " selama ni aku percaya dia dan anggap dia kawan rapat. Aku ingat dia faham. Tapi tak paham2 upanya. Baiklah, aku tak percaya ko lg!"

Bak kata kawan aku..orang lain akan nilai apa yang kita buat. Apa yang kita cakap. Maybe dia bukan nilai sekarang. Mungkin esok, lusa, tulat...bersikap sensitflah terhadap perasaan sensitif orang lain. Jaga perasaan org tak rugi. Sebab mgkin nanti orang itu plak yang cuba jaga perasaan kita. Klisye! Dan di situasi Sss pulak, serapat mana pun kita dengan seseorang, belum tentu orang betul2 faham perasaan orang lain tu macam mana.Mgkin juga Sss tidak faham sejauh mana Meow memandang serius terhadap masalah tersebut. Atau dia tidak mahu memandang serius terhadap apa yang Meow rasa akibat tindakannya tu. Gitulah gamaknya...

Saturday, November 1, 2008

Kepalaku PANAZZZ!!!!

Sebenarnya aku masih belum bersedia untuk mengisi sebarang entry. Nak bagi laluan kepada exam yang hampir menyesakkan dada aku untuk bernafas dengan normal. Semester ni aku amik tujuh subjek. Sebab tu rasa macam semuanya tak cukup masa nak buat. Hem...tak ada pilihan lain. Kalau nak grade on-time, kenalah pulun cam nih. 

Masih ada 22 hari lagi sebelum aku pulang ke rumah. Home sweet home... nak cium pipi mak! Apa yang aku lakukan sekarang, apa yang aku rancangkan demi masa depan. Semuanya demi mak. Kita cuma ada seorang ayah dan seorang ibu di dunia ni. Hilang satu, maknanya tiada galang ganti. Seperti aku, aku telah hilang satu...setiap kali Allah merahmati aku dengan anugerah dan pemberian istimewa, aku akan berteleku menahan rasa kesal. Alangkah baiknya masa boleh diputar semula. Agar aku boleh berkongsi dengan bapak. Masih aku ingat, aku selalu kutuk bapak senyum buruk. Kataku "eee....tak ada gigi" Tak pernah dia naik angin. Senyumnya makin lebar. Kini bila teringat semula, senyuman dialah paling comel yang pernah aku terima. Bapak...bahagiakah di sana? Tersenyumkah kamu? Dah tentu kamu dapat berjalan kan. Allah sayangkan kamu. Kesakitanmu telah berakhir...tempatkan dia bersama dengan orang2 yang beriman...AMIN