Friday, January 30, 2009

Mistik 1 (Pukul 2 pagi di asrama)

Kala tengah2 malam ni, aku akan terjaga secara automatik. Tambah pulak sekarang musim cuti, banyak bebudak balik kampung. Aku bukan nak kata apa, sejak pindah bilik baru ni aku rasa lain macam sikit. Aku malas sangat nak layan bunyi2 yang pelik di luar. Fikiran aku menerawang teringat balik semua peristiwa pelik yang aku pernah alami sejak dari kecik. Boleh kata aku ni selalu berdepan dengan perkara2 ghaib. Aku ambik keputusan bangkit dari katil, on lap top, bukak blog ni dan berazam akan menulis secara constant tentang cerita seram (bagi aku seram la) yang pernah aku lalui.

**Tengah fikir nak tulis peristiwa yang mana satu**

Ok. Sekolah Asrama.

Asrama. Memang sinonim dengan menda2 ghaib dan seram. Aku gak tak ketinggalan. Aku bukan cuba nak masuk bakul angkat sendiri, tapi boleh kata aku ni berani jugak, tapi tak kuat semangat. Maksud aku...aku tak selalu  takut atau seram dengan perkara yang selalunya orang takut. Tapi bila dah jadi pada diri sendiri, aku memang jadi kejang gak.

Tahun 2003 aku dapat gak masuk SM Sains Miri. Pada mulanya aku datang seorang. Pas tu ada kawan aku dari sekolah lama ( SMK BARU) dapat masuk sainsri sama ngan aku, Anifa. Baru masuk  sekolah asrama la katakan, kitorang memang lost. Rutin kat asrama memang tak sama dengan sekolah harian. Kitorang memang susah nak sesuaikan diri pada masa tu. 

Aku ditempatkan di asrama paling hujung...asrama merbuk. Yang tak tahan, dah la dengar cerita asrama aku tu memang semacam...bilik aku pun diorang kata semacam. Aku ingat lagi, nombor bilik aku 206. Dalam satu bilik ada 11 orang, semua dapat katil single. Katil aku hujung sekali, dekat pintu. Anifa pulak kena asrama merak, depan asrama aku. Dia kena bilik bawah.

Jadi, ke mana2 pun kitorang akan bersama. Dia selalu tido waktu prep. Katanya dia tak boleh follow la rutin kat asrama. Penat sangat sampai kat mana2 je dia boleh tido. Masa tu aku tak pandai g tido atas meja dalam kelas...Aku pelik dengan pangai budak2 asrama yang masuk kelas je tido. Masok kelas je tido. Anifa cadangkan dengan aku, balik dari prep pukul 10, tido dulu. Lepas tu pukul 2 pagi bangun semula untuk stadi kat bilik bacaan. Aku on je masa tu. Kami dah janji untuk ganti2 bangunkan antara satu sama lain. Untuk 3 malam yang pertama, ok je. 

Malam ke-4, malam tu giliran Anifa bangunkan aku. Maksudnya, dia kena berjalan ke blok aku pukul 2 pagi. Macam tu jgk dengan aku kalau malam tu giliran aku kejutkan dia. Tindakan tu tak disenangi budak2 lain. Bagi diorang tah hapa2 la kitorang masa tu. Semangat gila. Ntah, belajar pukul 2 pagi biasa kalau di rumah. Mungkin di asrama ianya jadi janggal.

Berbalik kepada tadi, malam tu turn Anifa kejutkan aku. Sayup2 aku terdengar nama aku dipanggil. Tapi kali ni suara Anifa garau gila. Oh ya, di atas kepala aku ialah tingkap. Jadi senang sangat la Anifa datang nak kejut aku. Malam tu Anifa tak macam selalu. Dia panggil aku lambat2...perlahan2...suara yang sayup2. Sesekali aku terdengar seperti Anifa menggerak-gerakkan cermin tingkap tu. Aku memandang ke atas tingkap... tak ada pulak Anifa. Aku tengok jam loceng, jam belum berbunyi. Masa tu baru pukul 1.50. Kan janji nak kejut pukul 2. Aku sedikit pelik. Dengan keadaan mamai, aku buka pintu, Aku lihat Anifa berdiri tegak di beranda. Tapi dia membelakangi aku. Dia masih berpakaian prep (malam tu dia pakai baju kurung kedah warna hijau untuk pergi prep) dan rambutnya terhurai. Seingat aku pada malam tu seluruh rambut di kepalanya ditocang kecil2. Aku rasa pelik lagi. Tapi mamai, aku tak fikir panjang.

" Kau pergi la bilik bacaan dulu. Bagi masa aku tidur 15 minit lg. Nanti aku datang " aku kata kat Anifa. Dia masih lagi membelakangi aku. Dia kata "marilah...". Dengan malas aku jawab "pegi dulu. nanti aku turun". Aku terus baring kat katil semula tanpa tutup pintu. Aku risau kalau aku tutup pintu, sampai ke pagi pulak aku tak bangun kang.

Tiba2 aku terbangun secara mengejut, aku tengok jam loceng aku dah pukul 2.15. Bila masa ianya berbunyi dan aku tutup? Aku tak pasti. Aku tengok pintu kat tepi katil aku masih terbuka. Dengan air liur basi yang masih fresh aku pun bawa sikit buku dan pergi ke bilik bacaan di tingkat bawah.

Dari jauh aku tengok bilik bacaan masih gelap. Aku pelik. Tak kan la Anifa balik semula ke biliknya untuk sambung tido kot? Ke dia tunggu aku lama sangat dan balik bilik dia? Hem...aku masuk gak ke bilik bacaan. Aku buat andaian mungkin dia pergi bilik dia kejap ambil barang atau pergi toilet ke...

Dalam kol 2.30 tiba2 aku terdengar bunyi jam loceng Anifa (jam loceng dia bunyi azan. kalau jam dia berbunyi, 3 blok boleh sama2 dengar. ramai gak budak dengki dengan jam loceng dia dulu).  Aik, takkan dia baru bangun kot? Aku pelik. Banyak kali la aku pelik malam tu.

Anifa datang dengan mulutnya membebel. Rambutnya penuh tocang kecil2. Dia pakai baju T-shirt, tapi kain masih kain yang sama dengan baju kurung kedah masa prep tadi. Aku mula flash back. Bukan ke masa dia datang kejutkan aku tadi dia pakai baju kurung kedah dan rambut dia terhurai? Ah, aku anggap aku mamai masa tu.

"Ko ni tak boleh harap la. Ada plak stadi sorang2. Bukan ke malam ni turn ko kejutkan aku. Apa la...nasib baik aku tak terlajak sampai pagi". Anifa membebel. Aku tergamam.

Dengan suara terketar2 aku tanya kat dia "ko baru bangun ke?"

"ha'ah...ye la. ko pun dgr jam aku baru bunyi kan"

Aku diam je. Tapi bulu roma aku mula naik. Aku tak sanggup nak cerita ngan dia pada masa tu jgk. 

Siapa kejut aku tadi???!!!

Ah...mgkin aku mimpi Anifa datang kejut aku kot...Aku lega jap dengan andaian tu.

Tapi!!!

Masa aku bangun tadi pintu memang dah siap2 terbuka! Dan Anifa tak buka pun tocang rambut dia! Anifa pakai baju T-shirt tido malam tu!

Ya...aku yakin dah tu memang bukan mimpi.

Nasib baik aku tidur dulu dan menolak ajakan "Anifa palsu". Kalau aku ikut "Anifa palsu" tu, apa la akan jadi dengan aku kan...

Esok pagi aku cerita dengan Anifa. Lepas tu kami dah tak stadi dah kol 2 pagi.

2-3 hari pas tu aku cerita dengan Haleem, Tatiq, Lei dan Rima. Bercerita dengan mereka bermaksud bercerita pada satu sekolah. Lepas tu, banyak gak la bebudak minta aku cerita balik peristiwa tu. Anifa marah pada aku. Katanya tak baik mensensasikan cerita mistik, tu seolah2 kita memanggilnya datang semula kepada kita. Aku tak berniat nak cerita pada semua orang. Tapi...aku rasa tak adil aku sorang rasa seram. Baik aku cerita, leh sama2 rasa seram. Hehe...Dan sejak peristiwa tu, Anifa tak penah tocang rambutnya lagi. Dan aku tak berani lagi berlagak berani tido tanpa tutup pintu!

Thursday, January 29, 2009

Saman

Musim cuti kali ni aku menghabiskan sepenuh masa aku kat dalam kampus. Kalau keluar pun setakat pegi keluar makan. Sem ni aku banyak nak pakai duit. InsyaAllah sem akhir, jadi aku kena fikir cara cm mana nak mengankut semua barang aku balik ke Sarawak. Huhu...payah kan jadi orang jauh? Aku tak dapat bayangkan cm mana la kawan2 aku yang belajar kat oversea tu. Mesti lebih payah dr aku.

Masa kuar dengan leen ari tu kami dah kena saman dengan pak guard. Alasan sebab kami menggunakan kereta sewa. So what kalo keta sewa?

Adakah diorang budget kitorang semua kena bergantung dengan HBR? (HBR adalah satu2nya bas yang amik bahagian terpencil di Kedah ni. Korang bayang la bangkai keta buruk yang boleh bergerak, cm tu lah HBR). Aku bukan merendah2kan HBR atau sombong...tp tolonglah. Dah la tambangnya mahal. Susah nak dapat pulak tu. Kadang2 aku rasa transportation kat kampung aku jauh lebih baik dr sini. 

Kesimpulannya, guard2 kat universiti ni bukan nya risau pasal keselamatan pelajar pun. Hakikat yang hakiki, diorang memang suka pow duit pelajar dengan cara saman menyaman ni. Aku tak faham lah. Sekarang ni makin menjadi- jadi plak diorang. Aku rasa U aku ni je yang respek pak guard, U lain mampus tak layan!

Oh...satu perkara penting yang berlaku hari ni.

Mr Louise ada kol aku pagi td. Pagi gila, pukul 8.15. Dia cuma nak konfemkan tarikh praktikal aku. Dari awal Jun sampai la akhir September. Cukup 4 bulan. Kalu diizinkan Allah, aku nak terus berada di situ. InsyaAllah. AMIN...Katanya lagi aku diletakkan bahagian operasi. Operasi apa eh? Harap tak da la aku kena panjat semua kapal atau kontena tu...huhu

Monday, January 26, 2009

Idaman Hati Aku (M, A atau T)

Mata aku tak boleh lelap. Mungkin sebab hepi atau 'ter'excited sikit. Hari ni 3 lelaki idaman hati aku contact aku serentak. Ntah diorang mimpi apa ntah. Lama da xdgr kabar. Aku ingat diorang da lupa kat aku. Yang tak tahan tu, bukan setakat contact biasa. Bukan sekadar tanya kabar aku. Topik yang diorang keluarkan adalah berkenaan dengan soal hati. Soal hubungan kami...betul la kata orang. Cinta ni kadang2 ikut mood. Kalau tak ada tu, memang tak ada langsung. Sampai kadang2 rasa lonely gak. Kalau da ada tu...ambik kau. 3 datang sekaligus. Aku bukan cantik. Tak hot. Mungkin sedikit bertuah kerana dianggap penting oleh 3 lelaki ni...Mungkin. Kalau aku perasan tu, aku tak tau lah.

Aku mula fikir tentang setiap seorang daripada mereka. Kali ni lebih dalam.

Teliti...

Mr M
Aku kenal dia sejak Form 1 lagi. Bangsa Kenyah. Paras wajah...hem...A+. Aku segan kadang2 jalan sama dgn dia. Classmate aku, selalu duduk belakang aku, ambik gambar kelas berdiri belakang aku dan berbaris kat kantin pun belakang aku. Katanya aku ni dah macam bayang2 dia. 

Tapi masa zaman sekolah aku dan dia tak pernah cerita pasal cinta. Hanya kawan. Aku senang dia selalu ada kat mana je aku pergi. Kalau dia ponteng sekolah aku susah hati. Bila aku pindah sekolah sains tingkatan 4, aku mula rasa rindu. Rindu sampai menangis teringat kat dia. Dia tulis surat kat aku ( masa tu masih tulis2 surat), dia tak biasa aku tak ada. Jadi dia kena kerja kuat supaya dia boleh bersama dengan aku ke mana ja aku pergi. Dia agak slow dalam akedemik...dan aku masih nampak dia berusaha sampai sekarang. Dia belajar diploma dalam bidang dalam architecture kat UITM, Kota Semarahan. 

Dia terlalu sibuk nak kejar pencapaian aku (aku bukan pandai sangat pun), nak setaraf katanya, sampai jarang hubungi aku. Kadang2 aku rasa hubungan kami mulai renggang. Sesuatu yang sweet tentang dia, M romantis orangnya. Walaupun jarang hubungi aku, dengan pekara2 romantik yang dia buat...susah aku nak lupa kat dia. Dia bagi aku model 'rumah impian dia'. Aku tanya "kenapa nak bagi aku benda ni?"...dia jawab sambil senyum "sebab aku pun ada sekali dalam rumah impian dia". Hehe...aku senyum cm kerang busuk. Cair siot...Dan perkara paling baru dia buat, hari jadi aku yang ke-21 lepas...dia nyanyi lagu "I'M YOURS" secara life untuk aku di Taman Awam Miri.  Dengan suaranya yang ala- ala gebeks itu, banyak gak orang2 kat situ gelak. Tapi dia nyanyi jugak. Aku rasa cm nak jatuh je dari jambatan jantung tu...Ye la...sapa la aku. Rasa best plak bila ada laki hensem nak nyanyi kat aku. Sekarang dia tengah praktikal, lagi la dia jarang contact aku. Dan tepat kol 9 tadi dia kol... dia kata "aku suka kau, tapi aku kena kerja lebih sikit. ko kena tgu...sikit lagi". Hati aku terusik jugak. He always make me felt appreciated...continuosly.

Mr A
Yang ni pelajar jurusan syariah, imam di masjid dan ustaz di salah sebuah sekolah agama di Miri. Setiap kali aku fikir pasal dia ni, dahi aku mula berpeluh. Bukan sebab hot (panas) atau dia yang hot (sexy), tapi sebab dia ni kira impian semua pmpuan biasa. Tengok muka pun hati jadi sejuk. Dia ni anak kepada adik angkat arwah bapak aku.

Dulu keluarga dia susah, bapak aku tolong keluarga dia walaupun pada hakikatnya kitaorang pada masa tu bukan senang sangat. Ayah dia sayang sangat kat arwah bapak aku. Memang ada gak keluarga kitorang berbincang nak menjodohkan aku...bukan dengan dia. Tapi adik dia untuk memanjangkan erat antara keluarga kami. Sejak kecik lagi aku lebih suka main tembak2 dengan Mr A daripada adik dia. Dia selalu mengalah dengan aku. Biarkan aku tendang bontot dia, biarkan aku makan aiskrim dia dan biarkan aku dikendong dibelakang dia. Kira dia adalah Prince Charming aku masa kecik2 dulu. Bila dah besar pergaulan kami agak kurang rapat. Ye la...dia pun dah makin Islamic. Aku jadi rapat semula dengan dia masa ayah aku meninggal. Dia yang uruskan semua soal jemaah, tahlil, bacaan yasin. 

Mr A ni kurang sosial. Individualistik. Kalau keluar jejalan pun dengan famili. Jarang keluar rumah, hem...jauh beza dengan aku. Pada masa kenduri tahlil, aku beborak dengan Haleem, skulmet aku yang pada masa tu sempat gak datang. Aku nampak dia menjeling dari jauh. Nampak sangat dia tak senang. Masa tu aku mula rasa keadaan dah berubah. Aku tak mungkin boleh bersama dengan dia. Maksud aku...aku memang macam ni. Aku tak boleh jadi drama queen jadi wanita solehah di depan dia. Kalau dia betul ikhlas, sepatutnya tindakan berbual dengan lelaki lain bukan perkara janggal di mata dia. Aku biasa aja. Latar belakang agama taklah sekuat mana...Tapi dia tak pernah persoalkan tentang perangai aku setakat ni la.

Cuma hati aku tambah tawar bila dia tak buat atau cakap apa2 tentang isu penjodohan aku dengan adik dia. Anak soleh mgkin. Aku pun malas sangat nak layan walau pada masa ni aku rasa konfem aku suka kat dia. Tengok la mcm mana nanti. Aku terkejut bila dia kol petang tadi. Bagi statement yang buat aku tak boleh tidur malam ni. " Dalam hati aku hanya kenangkan kau. Aku tak boleh biar kau dengan adik aku, sebab dia tak pernah suka kau. Jangan risau ya, nanti kita dapat sama jgk" (setelah dialih bahasa daripada bahasa sarawak. Kalau dalam bahasa sarawak, statement itu tak da la geli sangat). Hati aku terusik lagi. Kejap2 mcm tak peduli, kejap2 mcm suka. Aku tak faham lelaki. Actually, dalam hati aku pun selalu kenang dia. Lupa nak nyatakan di sini, muka dia ala2 Shah Rukh Khan. Macam mana la aku tak kenang...

Mr T
Dia ni aku paling baru kenal. Itu pun kenal kat YM. Tapi dah pernah jumpa dan berkawan. Setakat ni aku dah kenal dia kira2 2 tahun lebih. Mamat ni la paling control macho. Ego. Cakap asyik nak menang je. Tapi apa yang baik pada lelaki ni, dia tak pernah lupa perkara yang aku pernah cakap kat dia. Benda2 remeh yang aku cerita tahun lepas pun dia masih ingat. Aku tak tahulah kalau aku yang short term memory atau otak dia memang mudah nak ingat. 

Lagi satu, dia ni memang caring. Selalu tanya kabar. Dan ironinya, kalau aku berdepan dengan problem, dia cm tau2 je. Mesti dia muncul time tu. Hem...dan dalam kol 11 mlm tadi dia kol (dia ni kol aku tak terkejut la...sebab dia selalu gak keep in touch). "Bila nak jumpa lagi? Aku nak kenal ko dengan lebih dalam. Kalo boleh lebih dr kawan". Kalau dia tau yang aku makin tembam dia nak ke? Hem...aku tak kisah sangat.

Hari ni aku macam menang cabutan bertuah kan?

3 lelaki yang selalu aku fikirkan bagi kata2 bermakna kat aku hari ni. Memang logik aku tak boleh nak tido. Bukan selalu ada orang suka kat aku. Bila diorang approach macam ni, aku jadi gelisah gak. Terasa la...aku pmpuan biasa. Tapi kenapa datang dalam satu masa? Aku bersyukur kalau diorang betol2 suka kat aku macam yang diorang kata. Harap semuanya ikhlas. Aku tak mahu perasan. Perlu ke aku buat keputusan?

Tak pe kot...aku kena rileks dulu. Banyak menda penting masih serabut dalam kepala hotak aku yang dah naik jambul nih. Aku akan tunggu. Bila masanya dah sampai... Allah akan tunjuk siapa yang diciptakan untuk aku. Waa...malam ni aku jadi pemujangga. Mgkin sebab dah kol 5.40 pagi dan aku masih tak boleh tido!!!


Thursday, January 22, 2009

kasih Sayang

Lama da aku tak layan blog. Sibuk manjang. Sekarang cuti mid-sem baru mula. Dan aku tak ke mana2. Hope aku leh manage blog aku jadi lebih menarik. Tiada niat untuk menjadikannya sebagai bahan untuk orang lain baca. Tapi bagi yang sudi meluangkan masa untuk membaca blog aku, terima kasih banyak2. Tiada apa yang menarik...kerana semuanya tentang diri aku.

Nak mulakan dengan apa ya...???

Bismillah....

Aku ada terdengar cerita tentang seorang kenalan. Orangnya tampan. Ada harta. Ada rupa. Tapi dia komplen. Kononnya lelaki berkenaan, ok...aku namakan Mr X, kena sumpah. Macam mana dia boleh kata diri dia kena sumpah sedangkan pada mata org lain hidup dia da cukup sempurna?

Sebab....

Dia banyak kali bercinta. Dan banyak kali putus. Atau lebih tepat ditinggalkan. Satu perkara yang aku kagum dengan Mr X ni dia fighting for his love. The gal da kata putus....dia still cari jalan untuk satukan kembali hubungan diorang. Ye la...pmpuan mana yang tak suka kalau lelaki tu usaha kan. Tapi, apa yang kita buat biarlah semuanya moderate. Tak payah lebih2. Kalau tak you look pathetic!

Mana silapnya???

Aku kesian dengan X ni...tapi rasanya punca datang dari dia sendiri.

1. Kira ni bukan kali pertama perkara yang sama berlaku kat Mr X. Agak2 napa ya dia still handle pekara2 mcm ni dgn cara yang sama? Please...ambil pengajaran kalau benda yang menyedihkan berlaku pada diri kita. Carilah cinta...bukan perempuan semata2.

2. Aku rasa banyak gak laki yang pangai cm Mr X ni. Pada pandangan aku dia suka cari gal yang dia tak malu nak tayang sana sini. Dengan kata lain...good looking. Bukan tak boleh. Boleh je...bagus pe kalo mak we korang cantik. Tapi korang serasi ke? Pada korang, mgkin korang sepadan. Pada dia? Maybe dia rasa dia cantekk sangat dan korang xpadan dengan dia. At the end, perkara seperti break-up akan berlaku. Kalau korang rasa korang 7/10....ada baiknya cari yang 6/10,5/10 atau 7/10 gak. Baru seimbang.

3. Mr X...dan juga saya dan kepada sesiapa saja yang membaca entry ini, sayangilah sesama manusia, hormati sesama manusia, hargai semua orang kalau kita ingin mendapat cinta yang ikhlas daripada seseorang. Kalau kita berkawan pun pilih bulu...besar kemungkinan kita akan dapat balasan yang cm ni lah...susah nak dapat absolute love. Sebab apa??? Hati kita sendiri tak pernah nak menyenangi orang lain seadanya. Hati yang kotor jadi kalis cinta. Mungkin ada yang mencintai, tapi atas sebab yang kita xboleh nak nampak...cinta tu tak berpanjangan.

Ini bukan penulisan untuk mengutuk sesiapa. Cuma untuk peringatan untuk diri aku dan kepada pembaca yang sudi menerima pendapat yang sama. Kalau nak dicintai, sebenarnya ia bermula dari hati kita sendiri. Berkasih sayanglah dengan sesama kita. Tiada kebencian. InsyaAllah, kita akan jumpa dengan orang yang benar2 cintakan kita.

Wednesday, January 21, 2009

Survey Question

Aku pun nak try. Selalu aku tengok orang buat menda nih. Bukan untuk mengenali diri aku. Cukup setakat medium untuk aku lepaskan rasa bosan.

 

1.      Do you sleep with your closet doors open or closed?

Tutup la. Mana best tdo kalo org lain leh tgok. Buruk bebeno.

 

2.      Do you take the shampoos and conditioner bottles from hotel?

Tak. Rambut aku jadi keras cm lidi kalo pakai menda tu.

 

3.      Do you sleep with your sheets tucked in or out?

Pehal nak tucked in memalam?

 

4.      Have you ever stolen a street sign before?

Ingat aku xde keja?

 

5.      Do you like to use post-it notes?

Kadang2 je.

 

6.      Do you cut out coupons but then never use them?

Aku jarang beli atau dapat kupon free. Aku salu mintak dari abang or kakak.

 

7.      Would you rather be attacked by a big bear or a swarm of a bees?

Big bear. Kejap ja rasa azab.

 

8.      Do you have freckles?

Ngak sih…

 

9.      Do you always smile for pictures?

Ha’a…ye la

 

10.  What is your biggest pet peeve?

Baiklah. Aku xpaham soalan.

 

11.  Do you ever count your steps when you walk?

Sapa la yang sengal sgt nak wat cm tu. Nak g kelas pun lewat, mana ada masa nak kira langkah plak.

 

12.  Have you ever peed in the woods?

Penah doe…masa PLKN dulu. Rilek jek…jamban xberbayar.

 

13.  What about pooped in the woods?

Kira sekali la dgn jawapan di atas.

 

14.  Do you ever dance even if theres no music playing?

Boleh je. Aku berpegang pada adat Bollywood. Bukan ada karaoke set pun kat situ, selamber je diorg menyanyi n nari. Siap tetiba datang puluhan penari latar.

 

 

15.  Do you chew your pens and pencils?

Skrg tak le. Masa kecik2 dulu buat gak.

 

16.  How many people have you slept with this week?

Mana leh. Kan tgh chicken pox ni. Kang jadi sampah masyarakat lak aku kang kalo kawan aku jangkit. Tapi deep in my heart….nak tdo dgn mak!!!!!

 

17.  What size is your bed?

Hostel…mesti la single.

 

18.  What is your Song of the week?

M.I.A –paper plane

 

19.  Is it okay for guys to wear pink?

Eh…aku ok je. Asal dia tak selit bunga raya ke kat tepi telinga sudah…

 

20.  Do you still watch cartoons?

Aku suka kartun!

 

21.  Whats your least favorite movie?

Kalo watak utama Fasha Sendat…konpem nyampah.

 

22.  Where would you bury hidden treasure if you had some?

Tak la. Tak tenang idup aku. Simpan bank kan elok.

 

23.  What do you drink with dinner?

Peberet aku milo ais. Tapi time sakit2 ni tpksa la layan air suam.

 

24.  What do you dip a chicken nugget in?

Cili sos+mayonis=NYAM!NYAM!

 

25.  What is your favorite food?

Aku suka apa jugak bntuk sugar…chocolate, kek,pudding,desert,aiskrim…pendek kata semua yang manis2 n ada dekorasi yang menarik aku suka!

 

26.  What movies could you watch over and over and still love?

The gladiator.

 

27.  Last person you kissed/kissed you?

Jeng3…mak aku la.

 

28.  Were you ever a boy/girl scout?

Eh…aku dulu masa skolah aktip pengakap tau. Jangan memain…ha…

 

 

29.  Would you ever strip or pose nude in a magazine?

Eh? Tak da peluang la…hahaha…apa la soalan ni. Nasib baik aku skrg mmg xda keja.

 

30.  When was the last time you wrote a letter to someone on paper?

Masa aku pindah sekolah SM Sains Miri form 4, aku tulis surat untuk Mumu. Rindu gila dgn dia!

 

31.  Can you change the oil on a car?

Minyak dagu…eh…mana leh..aku xleh la. Nanti ada la org pandai cipta tu..

 

32.  Ever gotten a speeding ticket?

Selalu.

 

33.  Ran out of gas?

Jarang. Tapi pernah.

 

34.  Favorite kind of sandwich?

Telur+Mayonis.

 

35.  Best thing to eat for breakfast?

Nasik gorang mak aku dgn ikan masin terubok.

 

36.  What is your usual bedtime?

Kol 2pg

 

37.  Are you lazy?

Kalo kat kampus rajin. Semua kena buat sendiri kat. Aku xsuka semak. Kat umah pemalas. Aku rajin masak je. Manja sikit…mak ada.

 

38.  When you were a kid, what did you dress up as for Halloween?

Mana pernah.

 

39.  What is your Chinese astrological sign?

Arnab.

 

40.  How many languages can you speak?

2 je..melayu..english…in future nak belajar mandarin and france

 

41.  Do you have any magazine subscriptions?

Xde.

 

42.  Which are better legos or lincoln logs?

Lego!

 

 

43.  Are you stubborn?

Ya…

 

44.  Who is better...Leno or Letterman?

Apa?

 

45.  Ever watch soap operas?

Tak

 

46.  Afraid of heights?

Ya…tentu sekali. Gayat seh…

 

47.  Sing in the car?

A’ah.

 

48.  Dance in the shower?

A’ah.

 

49.  Dance in the car?

Tak kot.

 

50.  Ever used a gun?

TAK. Teringin gak.

 

51.  Last time you got a portrait taken by a photographer?

Em…masa buat gambar passport.

 

52.  Do you think musicals are cheesy?

Tak la… kalo ada org yang minat, napa nak anggap menda tu cheesy.

 

53.  Is Christmas stressful?

Best ape. Cuti.

 

54.  Ever eat a pierogi?

Apa tu?

 

55.  Favorite type of fruit pie?

Apple hijau or mangga.

 

56.  Occupations you wanted to be when you were a kid?

Biasa la masa kecik2. Mana ada modal lain. Doktor, peguam, polis.

 

57.  Do you believe in ghosts?

Percaya dan boleh tgok.

 

 

58.  Ever have a Deja-vu feeling?

Banyak kali.

 

59.  Take a vitamin daily?

Tak

 

60.  Wear slippers?

Ha…mmg aku suka pakai.

 

61.  Wear a bath robe?

Tak

 

62.  What do you wear to bed?

Baju tdur atau t-shirt.

 

63.  First concert?

International Jazz concert…kat miri. Aku pegi sbb temankan pak sedara aku. Nasib baik aku tdo xleleh air liur basi.

 

64.  Wal-Mart, Target or Kmart?

Tesco la..

 

65.  Nike or Adidas?

Adidas

 

66.  Cheetos Or Fritos?

Fritos

 

67.  Peanuts or Sunflower seeds?

Sunflower Seeds

 

68.  Ever hear of the group Tres Bien?

Tak

 

69.  Ever take dance lessons?

Tak

 

70.  Is there a profession you picture your future spouse doing?

Mesti la ada…

 

71.  Can you curl your tongue?

Can…

 

 

72.  Ever won a spelling bee?

Tak. Aku xbagus dalam contest2 ni

 

73.  Have you ever cried because you were so happy?

Banyak kali

 

74.  Own any record albums?

Tak

 

75.  Own a record player?

Tak

 

76.  Regularly burn incense?

Kemenyan? Wat apa?

 

77.  Ever been in love?

Kalo aku jawab x…Nampak sgt tipu kan…

 

78.  Who would you like to see in concert?

John Bon Jovi

 

79.  What was the last concert you saw?

Hujan

 

80.  Hot tea or cold tea?

Hot tea

 

81.  Tea or coffee?

Tea

 

82.  Sugar or snickerdoodles?

Sugar!

 

83.  Can you swim well?

Hahaha…aku la swimmer yg plg teruk

 

84.  Can you hold your breath without holding your nose?

Buleh

 

85.  Are you patient?

Ha…yang ni bukan nak puji diri sendiri. Tapi org mmg ramai cakap aku penyabar.

 

 

86.  DJ or band, at a wedding?

DJ

 

87.  Ever won a contest?

Dah jawab kat atas

 

88.  Ever have plastic surgery?

Haha…make up pun xlepas, ada ati nak wat plastic surgery

 

89.  Which are better black or green olives?

Aku rasa green kot…ntah

 

90.  Can you knit or crochet?

Aku xpandai menda2 jahit menjahit ni

 

91.  Best room for a fireplace?

Dining room

 

92.  Do you want to get married?

Uih…mesti la beb!

 

93.  If married, how long have you been married?

Lom kawen eh..

 

94.  Who was your HS crush?

Hartono Morshidi…haha…

 

95.  Do you cry and throw a fit until you get your own way?

Tak la..nak wat apa

 

96.  Do you have kids?

Mana ada.

 

97.  Do you want kids?

Nak!Nak!

 

98.  Whats your favorite color?

Putih, Hitam…currently merah!

 

99.  Do you miss anyone right now?

Mak!!!!

 

100.  Did you watch, Next Great American Band on FOX?

Ada ke?