Tuesday, October 28, 2008

Perkataan "macam bagus"

Daripadakah wujudnya perkataan ini...? "Macam bagus" satu perkataan yang sangat sinis/ sarkastik yang boleh membuatkan seseorang itu naik marah. Tapi secara halusnya ayat ini juga adalah refleksi terhadap ketidaksetujuan terhadap perilaku seseorang yang hipokrit. Dengan kata lain, meluat apabila melihat perilaku baik yang dibuat2 atau berkata2 baik yang tidak sepadan dengan personaliti individu tersebut.

Kita sering tidap puas hati dan menuduh seseorang individu itu keras kepala atau degil apabila tidak mahu menerima nasihat. Tapi pernahkah anda menilai diri sendiri wahai si pemberi nasihat? Bijak memberi banyak buah fikiran dan pelbagai lagi pendapat tentang norma kehidupan, adakah anda berada dalam norma yang betul? Kalau ya...is it always? Anda tidak pernah buat silap? Singkaplah kembali masa lalu sebelum berhujah bijak terhadap orang lain. Sekiranya kita dihormati dan memberi nasihat dengan cara yang berhikmah...akan sejuk hati si penerima nasihat. Tetapi kalau penerima nasihat itu memberi respon 'objection'...'bajet angel'...atau melontarkan perkataan 'macam bagus'...bererti ada sesuatu yang tidak kena dalam diri kita sendiri yang belum lagi dipenuhi justeru belum layak untuk memberi perubahan dalam hidup orang lain. Kepada kalian yang suka memberi nasihat diluar sana, termasuk aku mari kita sama2 insafi diri...sebelum mengelurakan kata2 yang kita harapkan dapat mengubah orang lain. Ubahlah diri kita dahulu...Jangan mengunakan kalimah Allah sewenang2nya untuk mempengaruhi orang lain sekiranya diri masih lagi belum arif dengan semua itu...slow down. Kita manusia biasa. Perkara yang kita paling jahil adalah diri sendiri. Mgkin sebab itu kekurangan dan kesalahan yang lain lebih ketara daripada diri sendiri. Apa saja yang diucapkan, biarlah bersederhana dan berpada. Slow down...aku malu....aku belajar disakiti dan diprovokasi...dan aku berhenti...

Monday, October 27, 2008

Hanya Mahu Difahami

Ya...memang betul Seorang kawan harus menasihati kawannya agar tidak terus silap dalam tindakannya. Tapi benarkah tindakan kawan anda itu silap lalu memberikan khidmat motivasi dan acapkali mengatakan 'kau tak patut berbuat demikian bla..bla..bla..'. Satu analogi mudah, jika anda kematian ahli keluarga anda yang tersayang...anda menangis dan merintih. Lalu ada satu suara sahabat anda mengatakan "sudah.jangan menangis.sudah ajalnya.tiada guna kau menangis. diatak akan kembali. kalau kau menangis dia takkan hidup semula pun. tindakan kau yang menangis ni takkan selesaikan masalah.walau kau menangis sampai keluar air mata darah". Rasanya sebagai seorang manusia biasa, menangis apabila kehilangan orang tersayang adalah tindakan normal. Kenapa perlu dipertikai respon kita terhadap sesuatu masalah? Dan seorang sahabat harus menggunakan 'bahasa sahabat' bukan 'bahasa orang bijak pandai'  (ayat analogi di atas adalah satu contoh bahasa orang bijak pandai)seolah-olah dia menanggung lebih banyak beban daripada anda. Bahasa seorang sahabat sepatutnya berbunyi begini "sabarlah. kalau menangis tu boleh menenangkan kau...menangislah puas2. mungkin Allah lebih sayangkan dia". Anda nampak perbezaan? Bahasa seorang sahabat tak akan mempertikai tindakan/respon emosi sahabatnya bukan? Inilah masalah orang bijak pandai, tidak mahu memahami...hanya menilai. Alangkah sayangnya jika sebuah persahabatan berakhir hanya dengan perbezaan kedua-dua bahasa di atas. Tapi itulah hakikatnya. Persahabatan. Akarnya kepercayaan dan sokongan. Bukan rasionaliti dan prasyarat yang harus dipenuhi. Orang bijak pandai berkata "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Melafazkan kata2 bijak dan berhujah lebih mudah daripada memikul beban itu sendiri. Puaskah dan fahamkah anda jika memotivasikan orang lain tanpa memahami dan mengkaji masalah/insan itu dahulu? Banyak hati boleh terluka, banyak hubungan boleh terputus dengan sekelip mata...tanpa kita sedar...lantaran tikaman lidah yang terlalu liar...satu perkataan common...'memahami'...mampu menyelamatkan banyak perkara.

Friday, October 24, 2008

Oh Tidakkkkk!!!!!

Aku bangun melompat dr katil....huhu...dah pukol 5.30. Tu lah bijak sangat..tido petang sape suruh. Terbatal niat nak pergi bermain2 di tasek sime darby. Aku dah berkobar2 nak main basikal bodo (basikal yang kembar tu..2 org dapat naik kami gelar basikal bodo). Lagipun hujan, tu yang sodap sangat tdo tu...tapi rumet aku nampaknya meneruskan pelayarannya tanpa rasa terkilan kerana terlajak tidur. Katanya "hujan la...." hehe...tp kami bercadang nak pergi jugak nanti. Nak makan benda panas2. Jadi atau tak...? Tunggu!

Hari Jumaat Yang Menyenangkan

Apa yang aku nak buat hari ni??? Ya...sudah tentu buang masa sambil goyang kaki. Hampir seminggu aku tak ada masa nak update blog...punya lah busy. Aku musti siapkan semua assignment sebelum final aku 30hb ni. Skang tgal 1 assignment lg tak siap. Tu pun group assignment. Hari ni aku nak rehat puas2. Pergi main2 ngan rumet aku....huhu...bahagianya kalo mcm ni selalu!

Saturday, October 18, 2008

Rindu...

Hari ni sibuk sangat, demam pun menjadi2. Esok mula la mata aku ni berair2...huhu..masa2 saki cm ni teringat kat arwah bapak aku dulu. Dia la paling risau kalau aku demam. Jerang air buat air milo. G farmasi belikan ubat utk aku. Satu ubat yang memang mujarab untuk aku makan adalah 'kotal' (aku tak tau ejaan atau nama sebenar). Mak aku pulak akan lapkan badan aku. Picit kepala aku. Ayah aku tak tidur malam dok kipaskan aku. Pantang aku batuk sikit, dia akan bangun tengok keadaan aku. Besarnya kasih sayang mak dan bapak. Bagilah aku seluruh harta yang ada kat bumi Allah ni, takkan dapat beli kasih sayang mak bapak kita. Aku rindu bapak....

Friday, October 17, 2008

Walk aimlessly!

Dah 2-3 hari aku tak update. Banyak benda berlaku. Bukan tak ada masa. Cuma banyak benda lain yang lebih penting untuk aku fikir dan buat keputusan baik. Dua hari lepas aku sibuk mohon praktikal kat tempat lain setelah Land Survey Miri menolak permohonan aku lonjong2! Berikut adalah email yang direply pegawai tadbir kat situ...

Cik Suzana,

Perkara tersebut di atas adalah dengan ini dirujuk.
Melalui maklumat yang diterima, dukacita memaklumkan bahawa permohonan  
Cik untuk menjalankan Latihan Industri di jabatan ini tidak dapat 
dipertimbangkan memandangkan bidang kursus yang diambil tidak berkaitan dengan jabatan ini. Sekiranya jabatan 
ini menerima permohonan Cik 
dikhuatiri ianya tidak akan memberi sebarang pendedahan yang berkaitan 
dengan bidang kursus yang dipelajari.

Walau bagaimanpun terima kasih di atas kepercayaan Cik kerana telah 
memilih jabatan kami sebagai tempat untuk mengadakan Latihan Industri Cik.

Semoga maju jaya!

Memang sedih bila kena reject...nasib baik aku bukan jenis yang merenung nasib kat tepi tingkap je. Terus aku membuat tindakan. This time, aku mohon Sarawak Plantation Service dan Miriport...harap kenalah salah satu. Aku bukan apa, aku nak praktikal kat kampung aku, miri. Rindu sangat. Dah lama sangat aku dok ke hulu hilir. Tak pernah lekat kat rumah lepas SPM. Praktikal ni bagi aku bukan bergantung pada tempat. Tak semestinya orang yang praktikal kat KL dapat buat elok kan? Bagi aku, the matter is how we deal with the surrounding and experienced...hem...i will follow my path and believe in it!

Hari ni aku dan rumet memang boring giler. Petang tadi kitorang buat taik mata secara duet. Panas2 pun boleh tido nyenyak dan tak terganggu langsung. Tak paham aku pangai kitorg ni kadang. Dia cadangkan kitorang g jogging. Katanya badan kitorg da banyak lemak.Hehe...walaupun betul, aku malas nak iyakan. Petang tu kitorg jalan aimlessly, tanpa matlamat, amik angin kat tasik guthrie. Eh...dah tukar...tasik sime darby. Jalan punya jalan 'ter'decide nak p ekspo plak...siap carik makan kat situ. Aku teringin makan young tau fu. Aku dan rumet pun beli la dengan rakusnya. Kira2 aku nye semua RM6. Rumet nye RM 6.50....xpe..kitorg tak kisah. Makan asek nak mewah je. Malangnya...tak sedap langsung! Buat muntah je....huhu....sayang duit aku!




Monday, October 13, 2008

Alhamdulillah...

Tiada apa yang aku dapat katakan selain daripada melafazkan "syukur alhamdulillah..." Kad matrik aku yang hilang dan aku bebelkan semalam telah kembali padaku. Allah sesungguhnya Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Dengan sedikit usaha dan doa aku kerap menjumpai semula barang aku yang telah hilang. Aku nak singkap semula daripada kali pertama kad matrik aku hilang....

1st Time
Suatu pagi tu aku ada latihan/bengkel silat gayong. Aku kelam kabut nak masuk latihan. At the same time aku perlu keluarkan duit time tu gak. Sebab aku lom bayar yuran aku RM 50. Tiba2 mesin Atm tu telan kad aku....huhu...sedih gila. Dah la perlukan duit, skrg langsung tak leh nak korek duit kat dalam bank. Dalam bank aku still ada balance. Quite large amount. The stupid things is..my pin number tertera jelas kat kad tu. Pin number aku tak tukar2 lg time tu, sama dengan birthday aku (150687). Sebab kat depan kad matrik tu ada tulis no ic sekali. Bijak..bijak...hem....Kalau la mesin atm tu reject kad aku keluar and somebody take my kad tu...senang2 je dia korek balance duit aku. Cm ne la aku nak idup kat sini kalo xda duit tu???Huhu... The next..next.. day (may be 2-3 hari pas tu) aku g bank tanya kalau2 diorang bole dapatkan balik kad aku yang kena telan tu. Diorg cakap mesin tu maybe dah reject balik kad aku sebab runner diorang dah bukak mesin tu tp tak ada kad kat dalam. Maybe orang lain da amik. Aku da nak nangis da...terbayang2 aku akan jadi pokai gile pas tu. Tapi nak buat cm mana...aku buat gak la kad matrik baru. Duit ada atau tak lagi dalam tu belakang kira. Dah siap buat semua...aku p tukar number pin. Dah siap semua aku try cek balance...Alhamdulillah...1 sen pun xda kurang from my account. Walaupun aku tak dapat kad matrik aku balik...tp aku dapat semua duit aku balik. Dan aku tidak perlu hidup secara pokai selepas itu. Hooreyy!!!

2nd Time
Cam biasa bila masuk kelas aku keluarkan kad matrik nak touch kad kat 'benda' (aku tak tahu namanya. aku pasti korang semua tau) tu. Didapati kad matrik tadak lagi...aku tension giler...aku tak jadi masuk kelas tu. Merata2 aku carik kad matrik tu. Kat atas tanah..rumput...tempat2 yang aku lalu semua aku cari. Tapi tak jumpa gak. The next kelas aku masuk gak. Aku ngelamun je sepanjang kelas tu. Risau betul aku. Susah la tak ada kad matrik..tak lama pas tu nak exam. Aku buat announcement kat dinding dewan kuliah. Kot2 ada budak jmpa dia leh contact aku bila dia tengok adv tu. Balik2 aku tenangkan diri jap. Amik wudhuk. Tunaikan solat asar dengan khusyuk (setakat yang aku mampu nak khusyuk la). Lepas je aku bg salam...phone aku bunyik. HEP kol. " Aa...adik ni suzana eh. Datang HEP  skrg amik kad matrik adik. Ada student hanta kad adik mai sini td" Ya Allah...

3rd Time (petang tadi)
Balik2 raya aku terus wat discussion dengan ika dan suhaida. Kat library lagi..(aku memang jarang sgt2 jejak libary). Nak masuk library kan kena scan. Aku tak perasan pas aku keluarkan kad matrik aku tu ianya bakal hilang buat kesekian kalinya. Aku punya lah carik...Aku tanya merata tempat kot lah ada budak yang hantar kad matrik tercicir. Last sekali baru aku teringat pasal library. Aku pun ajak ika singgah library kejap. Mula2 aku pegi tu aku tanya kat kaunter pertanyaan kat luar je. Dia kata "tak dok lagi la dik". Balik dr kelas tu hati aku tergerak nak p library sekali lagi. Kali ni guy yang kat kaunter ni org lain. Yang ni handsome and helpful. Dia cek semua laci yang ada kat kaunter tu. Then dia suruh aku masuk tanya kat orang dalam. Kaunter kat dalam tu suruh aku masuk dalam lagi cari En Suparman...(seyes nama dia suparman.bukan aku reka2 tau). Aku dok berlegar2 dalam ofis tu. Carik nama En Suparman. Aku tertengok sorang laki yang dok perati aku...dia tegur "suzana ke? carik kad matrik?" Aku dah tersenyum lebar da...huhu...konfem dah kad matrik aku tinggal kat sini. Terima kasih lah kat encik tu. Dah la baik. Gigi pun putih. Tak marah aku plak tu (selalunya kena marah for being careless). Aku keluar dr library tu lenggang kangkung. Senyum lebar gila...nasib baik gigi tak jatuh. Aku sempat singgah kat kaunter depan menyatakan kejayaan aku menemui kad matrik aku dengan handsome guy tu. Aku melambai ke arah ika. Ika senyum tanda faham kelakuan aku yang sengal tu. Hepi!

Penceritaan tentang kad matrik aku tu bukan perkara penting. Mungkin sesetengah orang anggap aku ni kecoh je. Kad matrik kan boleh buat balik bila2 masa. Apa yang aku tekankan kat sini, aku tak mau jadi orang yang tak bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Kad matrik aku hilang...takkan aku tak perlu risau. Kad matrik adalah identiti seorang mahasiswa. Kalau ia dah hilang dan aku tak peduli...tu maknanya aku tak betanggungjawab. Ni semua sebagai latihan supaya aku boleh jadi amanah dengan apa jua perkara bila aku da keja kelak. Dan lagi...kalau kita ada masalah...kenapa buang masa bersedih dan membebel? Apa kata kita usaha untuk menyelesaikannya. Memang la mulanya nampak kabur dan mcm tak ada penyelesaian. Sokonglah usaha anda dengan doa dan rasa kehambaan kepada Allah SWT. InsyaAllah...anda akan mendapat ending yang baik...(-_-)


Sunday, October 12, 2008

La-Pa-Re

Krok..krok....perut aku main lagu mulan jameelah dr td...aku dah tekad. Kena turunkan berat badan gak. Masa raya ari tu mana2 aku pegi semua tegur. "Eh..ini yang bongsu hari tu kan. Besarnya engaku...montel!" Itulah antara dialog yang menjatuhkan self-esteem aku. Tapi memang betul pun, berat dah naik gila2 sekarang nih. Bukan nak slim...nak kembali ke berat aku yang sedang2 dulu pun jadi la. Bukan senang nak turun kalau berat da naik. Dalam usaha aku menurunkan berat badan neh...aku telah memasang beberapa strategy...

  • Tidur hanya 6 jam sehari dan 45 minit tidur petang
  • Senaman ringan 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi
  • Makan nasik sekali sehari kuantiti sedang2 
  • Tiada makan malam
Aku tak ambik pil atau minum apa2 untuk kurus. Mak aku tak kasi. Dia kata cara semulajadi lebih baik. Sambil2 tu cara cm ni boleh mengajar aku cara berdisiplin. Dan mak aku berharap sangat agar fe'el 'kuat tido' aku tu boleh dikurangkan dalam mencapai matlamat aku tu.


Lagipun ada orang tengah merisik2 aku kat mak. Aku tau mak aku serba salah. Maklumlah...laki tu bolehlah dikatakan Mr Perfect. Rupa boleh tahan, pendidikan tinggi, kerja yang tetap, baik didikan agamanya...pendek kata ada syarat2 yang sempurna jadi pasangan semua perempuan. Nak dipasangkan dengan aku??? Hem...kena baiki banyak perkara dalam diri aku. Langkah paling utama adalah penampilan. Aku nak baiki penampilan betul2. Bukan nak buat pembedahan plastik...maksudnya penampilan luar dan dalam. Untuk luaran aku nak jaga badan dan muka dengan lebih teliti. Untuk dalaman...aku akan cuba kurangkan unsur2 'lagha' dan duniawi aku nih...mampu ke aku buat semua nih??? We'll see....

Kehilangan

Percaya atau x, ini dah kali ke-3 aku hilang kad matrik. Satu rekod yang teruk utk sorang pelajar d mana kad matrik jg mewakili kad atm biasiswa/ pinjaman depa. Takkan la nak hilang sampai 3 kali mcm aku. Cuaikah aku??? Jawapannya tidak... Orang yang overly-conscious mcm aku pun selalu tercicir barang. Sebab terlalu berhati- hati, asyik fikir mana aku letak itu ini  pun last2 ada gak barang aku yang hilang. Apa nak buat...da nasib...aku harap ada la insan yang berhati mulia menghantar kad matrik aku kat pejabat HEP. Leh la aku amik kat situ.

Kiranya aku carik dulu la kat mana2 kad matrik tu. Kalo tak ada gak, aku cadang nak buat hari Khamis jek. Punya la aku frust td sampai tertidur....(ye ke...bukan mmg kuat tido ke?). Moga2 Allah kembalikan la apa yang aku kehilangan.

Aku rasa sunyi lak semenjak mr dandelinoid tak mo tulis blog lagi. Dah jadi habit aku baca atau cek entry baru blog dia lepas bangun tiap2 pagi (ada yg xberapa nak pagi la...nak dekat tengahari). Bila aku tanya kenapa nak berhenti menulis, jawapannya "banyak hal berlaku. Salah satunya nak bagi laluan kat exam". Nak bg laluan kpd exam tu aku leh terima. Logik dek akal. 'Byk hal yg berlaku' tu yg aku pelik tu. sepatutnya makin byk hal berlaku...makin banyak menda yg boleh di tulis. Bunyi nya mcm sedih dan terkilan. Boleh tak aku kaitkan rasa hati dia yg sakit dgn 'girl'. Dalam dunia ni hanya ada dua benda yang menyakitkan hati lelaki....iaitu wanita dan duit. Aku tak rasa dia ada masalah duit. Apapun aku harap dia cepat2 la recover balik perasaan dia tu. Aku rindukan 'tulisannya'. Ni pun kira kehilangan jugak nih. Apakah yg berlaku?

Saturday, October 11, 2008

Perkara wajib dalam hidupku...

Baru sat aku menghantar sms dengan member lamaku, as. Entah kenapa, sejak perbualan pasal "org minyak" hari tu aku dan dia senyap je. Bukan gaduh... aku ada la terkilan sikit dia tak percaya kat aku. Tapi bila fikir balik, kalo aku ditempat dia pun aku akan buat mcm tu. Yelah, buat apa dia memihak pd aku atau si "org minyak" tu sedangkan dia tak melihat situasi sebenar. Kadang- kadang aku ni mcm budak2 jgk. Cepat panas. Kalo kasar bahasa aku padanya, aku harap dia maafkan aku. Bukan niat aku nak ckp mcm tu...tu semua hanya rasa tidak puas hati yang tak sampai kepada org yang sepatutnya aku luahkan. 
 
Saja aku msg dia, aku nak letakkan url blognya dalam list aku. Apa saja yang aku buat, aku selalu pastikan benda tu aku kongsikan dengan as. Ntahlah...kadang2 ada jugak rasa risau. Macam manalah kalo satu hari nanti as tak amik tau pasal aku lagi. Sebab tu aku akan pastikan dia "appear" dalam hidup aku dalam bentuk apa sekalipun. Sempat aku katakan padanya..."kau kan antara perkara wajib dalam hidup aku". Tak pernah aku katakan ini pada kawan perempuan ku lain. Bermakna perasaan sayangku padanya sudah ibarat ada talian adik- beradik.

Andai diizinkan Tuhan, aku mahu memiliki persahabatn yang aku ada kini kekal sehingga hari tuaku. Percintaan..ikatan pertunangan...atau ikatan perkahwinan yang tak panjang jodoh ada tempohnya. Hanya persahabatan tak ada "expired date"....selamat malam dunia.

Friday, October 10, 2008

First Step

Aku ni selalu tukar2 blog...aku harap pas ni aku stick kat  sini je. Bukan apa, kalo blog ada byk2 pun belom tentu aku mampu nak tulis kat situ. Kata orang, setia pada yang satu adalah jalan terbaik. Hehe...

Mata aku dok berpinar2..dari malam td layan esement. Biasa la kalo group esement ni, macam2 fe'el. Btol kata Mahathir, "melayu mudah lupa"...cm mana la dateline esement lecturer yang sengal tu depa leh lupa. Ahernya aku gak yang jd mangsa. Mcm mana org melayu nak maju cm ni...bukan nak kutuk bangsa aku sendiri. Tapi mmg nyampah la kalo ada makhluk yg malas sgt2 nih. Aku pun malas gak, tp agak2 la..keja kena gak anta kan. Kan markah sesama tu...hish....

Dalam sibuk2 nih..aku sempat singgah sini jap. Borak2 ngan window blogger ni..best. Kadang2 meluahkn kat2 dr dalam hati ke bentuk perkataan lebih bermakna daripada ngadu kat manusia. Belum tentu diorng faham kan?