Thursday, October 29, 2009

Come back

Lama bbeno dah aku tak mengisi ruang blog ni. Aku perlu 'freeze' seketika, paham2 la...kadang2 kita langsung tak tahu nak buat apa. Mungkin aku terlalu banyak fikir kebelakangan ni. Mgkin juga ia sebahagian daripada proses kematangan....MATANG? hehehe...

Sebelum menaip entry ni, aku agak terkezut dgn berita seorang daripada kawan aku dulu dah nak kawen. Alhamdulillah....aku doakan yang terbaik dalam hidupnya dan semoga bahagia selama-lamanya...

Seorang teman aku dulu duduk termenung. muka cam frust sgt dgn kehidupan...aku pun bertanya

aku: napa ni...putus cinta ke?
kawan: mcm mana nak putus cinta...nak dapat cinta pun payah...

Ya...nak dapat cinta memang payah. Aku memang salute dengan kawan aku yang berani menempuh alam perkahwinan dalam usia ni. Ya, mmg timbul persoalan dalam hati...kenapa kawen awal? tak takut ke...? Puas aku fikir. Tiada sesiapa yang dapat melihat masa depan. Hanya mereka yang benar2 punyai cinta berani membuat percaturan dgn cinta mereka. Tahniah. Mungkin anda berdua insan yang berhati suci, sehingga berjaya mendapat cinta yang di cari, berbanding kami yang mencari, tetapi masih gagal menemuinya.

Aku juga mahu mencarinya...

Sunday, August 16, 2009

Aku pegi nikah


Oh tak payah terkejut dengan headline di atas. Aku masih single and available...jauh sekali sudah bernikah. Gaya aku yang over di atas adalah bertujuan untuk pegi dinner MPA. Aku berasa syok kerana walaupun trainee je...kami tidak diketepikan dan diberi peluang untuk memeriahkan majlis tu sama2 dengan staf lain. Malangnya aku terpaksa pulang awal kerana aku menumpang kereta seorang staf yang bergelar isteri. Kenapa? Yelah...sbg seorang isteri dan ibu, dah tentu dia akan bimbang dengan anak2 dia kat umah dan xda masa nak berseronok2 di majlis tu lama2. Aku faham..ibu yang baik dia tu. Apa pun...aku enjoy. sayang nya...xsempat makan crunchy prawn...huhuhu...

Tuesday, July 28, 2009

Gara-gara Michael Bay

Transformers : Revenge of the Fallen yang lepas aku telah tonton bersama As, kat cineplex Miri. Jalan ceritanya agak kureng...mgkin sebab banyak watak Decepticon berbanding dengan Autobots. Tapi actionnya aku bagi 5 star. Masa tgh menonton, ada gak la beberapa kali wayang tu xkuar bunyi, masa tgh action tragis lak tu. Rasa mcm nak mengamuk tgh syok2 tgok, ada plak gangguan cm tu. Rm 10 beb... Aku ada gak bercadang untuk menonton kali ke 2, tp al maklumlah. praktikal ni...bz yang amat!


Bebalik kepada Michael Bay. Gambar di atas telah aku jadikan back ground lap top aku.  Dan aku juga turut menginstall screen saver transformer. Skala umur staff di sini adalah dalam lingkungan 40-an. Minat aku terhadap transformer mendapat tentangan habis2an kerana bagi mereka langsung xmasuk dek akal. Akuy rileks jek...paham. Kalo aku dah dewasa skit, maybe aku pn berpendapat begitu jgk kot.

Tapi semenjak aku menggunakan screen saver transformers ni (kat screen savers tu banyak gambar Megan Fox yang hot gila!), banyak plak staff yang bertanya.... "ada lg x cerita tu kat panggung wayang?", "perempuan tu heroin ceta ni ke?" dan "best ke ceta tu, ko ada download x?" ......erk......

Gambar Michael Bay yang menjadi background lap top aku manjadi bahan gurauan staff2 di sini. "eceh suzana, ada cita2 nak kawen dgn orang puteh nampak" aku pun jawab..."ada la jugak"...bila aku toleh sebelah, BOS aku rupanya!!!

Akuxda la obses dgn transformers ni. Cuma aku kagum dgn kerja Miachael Bay. Cerita2 yang dia buat susah aku nak lupa. Tak ada soal obses disini. Lagipiun background piramid dan helikopter dalam gambar tu cantik. Jadi aku copy. Itu saja!

Monday, July 27, 2009

New Me

Pengalaman berkawan masa di universiti dulu, banyak yang pahit daripada manis. Ada yang membuatkan aku xbetah nak berkawan rapat dan berbaik sangat dengan sesiapa. Kelembutan kadang2 membuatkan kita menjadi bodoh tanpa kita sedari. Di tempat praktikal ni, aku cuba menjadi profesional, bergerak sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Pengalaman dulu2 masih berbekas dan kadang2 membuatkan aku sedih. Itu baru sedih berkawan, kalau sedih sebab centan...aku tak tahulah kan. 

Tapi bukan senang nak berubah untuk menjadi orang yang tak peduli/tak respon terhadap sekeliling. Sebab aku memang orang yang mempunyai tahap keperdulian yang tinggi (bukan aku cakap, orang cakap). Orang2 di Miri Port ni sangat baik. Susah aku jugak kalau aku bersifat terlalu "menyimpan". Ternyata...orang dewasa memang berbeza dengan remaja. Setiap pagi aku bangun dengan penuh semangat ke tempat praktikal, no doubt, projek2 tu memang menyesakkan kepala aku. Tapi....I like being in here.

Terlalu baik dan menarik untuk tidak mempeduli atau tak ambik kisah. Aku buat kerja aku dan berkawan seperti biasa...Jauh di sudut hati...agar semua yang dulu tak berulang lagi. Aku berharap aku boleh berkawan dengan baik, tanpa meng'iya'kan semua perlakuan.

Thursday, June 25, 2009

Semakin Tenang


Minggu ke-3 di sini, aku makin rasa selamber dgn persekitran dan orang luar. Dah boleh gelak gila2 dgn bos dan rakan pejabat. Mereka suka belanja aku makan. Aku pun suka belanja mereka makan. (Ayat apa ni? Aku cuba menggambarkan keakraban yang terbina). 

Alamak...anak buah aku dah tau yang aku ada blog. Tak boleh la nak kutuk mereka dalam ni pas ni ek. Nevermind...I dun care...hehe

Ni pic aku di opis dalam keadaan emosi yang semakin tenang..peace...



Hidup mesti enjoy!!!


Saturday, June 20, 2009

HEPI BUFDAY TO ME...AND MAMI!

Tanggal 15hb Jun lepas kan bufday aku. Sambutannya ala2 suprise la, sebab akak aku telah membeli kek tanpa pengetahuan aku. Kebetulan mak aku nye bufday 14hb Jun, jadi kami sekali. Tak ada apa yang menarik...u know, we got nothing. But I still do remember it. And that is what I called 'memory'....berikut adalah gambar anak2 buah aku yang agak over acting daripada bufday Girls.


Macam biasa...aimin jadi ketua sekoh...


Mimi,apeks,amoi,faten and adi

Prak dengan kek...aimin, amoi,faten and adi

Finally...me 22nd and mami 60th. Cepat kan masa berlalu?

Thanks to moi sebab membuat sambutan bufday nih. I really do appreciate our togetherness...

Tuesday, June 9, 2009

Internship- 1st week

Bapak ah....aku tekejut yang amat bila diberi memo projek yang pelu aku buat sepanjang tempoh 4 bulan pektikel kat sini. Kotak aku lom sampai. Tak da langsung ilmu di tangan (tapi ada di dada). Berkenal2lan dengan org di situ. Semuanya ok. Tapi kadang2 dapat aku rasakan ada senyuman2 yang kurang ikhlas aku terima. Aku hanya mampu berdoa pada Allah, semoga aku mendapat tempat di hati setiap orang di sini. Aku hanya nak mengalami environment yang neutral...no hard-feeling.

Aku ditempatkan bahagian operasi. Suasana agak suram. Nama pun bahagian operasi kan. Agak tak ekslusif berbanding dengan bahagian pentadbiran.Tempat di mana operasi kapal di jalankan. Apa yang paling menarik aku telah berpeluang untuk menaiki 'harbor crane'. Menurut cakap2 orang di situ, aku org ketiga yang naik kren itu selain crane operator. Dan wanita pertama yang berani sampai sehingga di atas. Tapi bila balik pejabat, kepala otak aku serabut semual...research apa yang boleh aku buat???Terlalu banyak method. Susah nak pilih. Lagipun data2 nya susah aku nak dapat.

Allah...tolong la aku. Dah 7 hari aku di sini...masih blur....

Apa yang patut aku buat?!!!