Thursday, November 6, 2008

Adam dan Hawa...Kenapa kamu berbeza

Kepala aku penat memikirkan hal final exam setiap hari. Lebih2 lagi sekarang aku punya masalah besar yang baru iaitu IMSOMNIA. Setiap malam aku tak dapat nak tidur walaupun aku telah bersedia baring di atas katil 3 jam lebih sebelum itu. Bila tempahnya dah cukup 4 jam dan aku belum tidur2 juga, aku rasa masa aku dah banyak terbuang dan akan bangun untuk menyambung stadi semula. Hari ini aku tidur petang dengan sangat nyenyak. Penat mgkin. Tapi umpama masalah yang aku cari sendiri, dah tentu malam ni aku tak boleh tidur langsung sampai ke pagi. Hem...tak apalah. Tak kan nak makan pil tidur pulak kan...Kepada sahabat yang membaca blog aku ni, sila beri komen kamu mcm mana aku nak atur semula tabiat tidur yang sihat tu.

Pusing. Tiba2 terfikir isu perempuan dan lelaki. Adam dan Hawa. Maybe pengaruh daripada filem Sex and The City malam tadi. Walaupun agak ''kedewasaan', tapi  banyak membuat aku fikir dan berfikir...dan berfikir. Lelaki, kenapa kau begitu? Dan perempuan...kenapa kamu begini. Aku tak faham. Yang pasti, perbezaan itu yang membuatkan perempuan dan lelaki saling memerlukan kat dunia ni. Di bawah adalah sorotan pendapat aku tentang perbezaan itu... DIINGATKAN...hanya pendapat aku...

JIKA ADA RM300, KAMU AKAN
Adam : Beli sepasang kasut kegemaran kamu. Jenama Adidas. RM299.90
Hawa : Gaun hitam putih, Purple Dotz, RM69. Charm hitam, Vincci Accessories,RM29. Beg bimbit putih, Vincci Accessories, RM33. Kasut pumps merah jambu, Larrie, RM33. Anting lekap Mooie, RM12. Kaca mata bingkai putih, Vincci Accessories, RM 29. Bobby Brown Empty Palettes, RM40. Maybelline Watershine 3D Kolagen RM40. Jumlah RM RM285.

TERLEWAT BANGUN PAGI, ADA 20 MIN LAGI SEBELUM WAKTU KERJA KAMU BERMULA
Adam : Rileks. Bangun. Pergi toilet. Cuci muka ala kadar. Tak gosok gigi, tak apa. Kumur2 cukup. Pakai bagju tak sempat gosok. Start motor...vroomm...blah.
Hawa : Alamak! Terkocoh2 pegi bilik mandi. Walaupun lambat masih ambil masa at least 15 min untuk mandi. Make up minimum setengah jam. Baju kena gosok jugak. Datang tempat kerja lewat satu jam setengah. But still in a good look. Alasan kat bos, "i sakit perut la pagi td".

JIKA KAMU ADA MASALAH, KECEWA,  ATAU GERAM...
Adam : Mendiamkan diri. Call tak angkat. Msg tak balas. Susah nak ajak keluar atau jumpa. Bila ditanya, "tak ada apalah. semua ok aja". Bila da setel semua baru dia nak bagi tau masalah dia yg da selesai.
Hawa : "I geram lah dengan u ni. I ni siapa pada u. Buat dekk je...bla..bla..bla..bla..." Semuanya akan baik semula apabila dia dipujuk, diberi bunga, hadiah...ok. setel.

PENDAPAT TENTANG HIDUP
Adam : Life is short. Jadi tak payahlah nak ambil berat tantang semua perkara. Hidup kena enjoy
Hawa : Life is short. So kena cari kebahagiaan yang sempurna sampai hari tua. Kena ambil kira semua perkara supaya nanti tak menyesal kemudian hari.

Hem...otak aku beku. Banyak lagi sebenarnya. Tapi nak sambung stadi. Memamng ketara beza laki dan perempuan...Dan aku adalah perempuan. Walaupun kita(wanita) insan yang lemah, itu tak bermaksud kita kena bergantung kepada lelaki untuk menjadi pelindung sepanjang hidup kita. Stand for yourself. Take a responsibility for yourself. Jangan jadi hamba cinta. Kamu setengah mati mencintai dia, mencari jalan untuk menggembirakan dia setiap hari. Tetapi di belakang dia ketawa berdekah-dekah melihat tindakan bodoh kamu. Dan lelaki, harus pandai menghargai. Perempuan memang lebih banyak daripada lelaki. Tetapi yang ditakdirkan untuk kamu hanya satu. Bukan material yang dipinta. Kadang-kadang, jika perasaan hati yang tidak dapat dilihat itu disimbolikkan dalam suatu bentuk hadiah untuk si dia, sudah pasti lebih bermakna. Lelaki dan perempuan. Kamu berbeza. Tapi saling memerlukan.







2 comments:

Anonymous said...

sgt suka post kamo ini..hee..
that the real life now..
ttg habit tido kamo..tido masa yg ditetapkan..jgn nak stay up sbb nanti otak beku..hehe

enjoy beb.

mykrusye said...

huhu..thanks meen!