Tuesday, December 30, 2008

Alhamdulillah...

Syukur sangat2...hari ni aku dapat berita gembira. Aku diterima untuk menjalankan latihan industri di Miri Port Authority. At last...segala usaha aku selama ni berbaloi la. Berita gembira tu disampaikan oleh Administrative Manager, Madam Sadiah Tu. Mula2 aku kol. Dia cakap aku diterima. Aku hepi sangat2. Then aku dapat email drp dia.

Noted with thanks. We welcome your interest to have industrial 
training with us. You should receive the official acceptance by today.

Rgds


So pas ni aku kena bersedia untuk praktikal awal bulan Jun 2009. Harap semuanya berjalan lancar. Bila dah jalankan praktikal kat tempat tu, senang sikit nak dapat peluang kerjaya. Kata orang diserap masuk. Aku harap nanti aku boleh keja terus kat situ. Syabas betey!

Wednesday, December 17, 2008

Sudah Selesai

Pagi tadi aku dah selesai interview kat Miri Port tuh. Memang mencabar. Perjumpaan kol 10 pagi. Aku sampai pukul 9.45. General Manegar lak sampai kol 10.45...huhu...aku x heran. Biasa la tu. Kita yang meminta kena menunggu. Aku pakai baju kurung purple. Kain plain. Tudung putih lis purple gak. Aku suka make-up aku...muka yang jarang diletakkan apa2 memang berbaza bila pakai make-up. Aku mengenakan style 'smoky eyes'. Maskara biru2 purple. Lipstik shine glam...glitter pink. Aku rasa selesa. Rasa slumber. Confidence.

Dalam menunggu GM tu...aku catat la idea2 yang aku nak kuarkan. Lama sangat menunggu sampai aku sempat belek2 lipstik aku.

Mula2 Manager of Admin dulu sampai.Perempuan. Nampak tegas. Memang tegas pun. Sampai2 je terus komen kos aku quite interesting, tapi mereka tak faham.

Then Manager of Finance sampai. Kami duduk. Tunggu GM. Senyap. Aku cuba bercerita. Berbual...huhu...bila teringat balik cm malu plak. Benda yang tak reasonble pun aku masukkan. Aku tanya pasal Miri Port dilabel sebagai 'White Elephant". Huhu...nak tahu? Cerita tu berlaku tahun 1992. Tapi dia tak gelak. Sebab memang susah website dan information tentang Miri Port. Banyak tak up to date. Tapi...aku malu!

Tak lama pas tu barulah GM sampai. Aku dah ketaq. Tapi maintain cool. Pandang mata mereka dalam2 dan cuba menguasai suasana. "Ni bukan interview ya. Kita cuma nak cit cat ja" katanya. Aku senyum.

Memacam soalan ditanya. Semuanya mencabar. Bukan mereka yang susah. Tapi kos aku yang susah nak diterangkan. Macam mana aku boleh contribute dan bagi sumbangan kepada organisasi tu.

Dipendekkan cerita...60% aku jawab dengan baik dan buat mereka pandang aku dan bertanya lagi. 40% aku jawab hampeh.

Aku hanya tawakal la sekarang. Aku dah buat semua pekara yang mampu aku buat. Biarlah Allah tentukan semua pas ni.

Aku berdebar menanti jawapan depa...harap2 +ve.

Sunday, December 14, 2008

Lelaki Tisu dan Gadis Jogging Seluar Jeans

Mak aku masih belum balik dari Kuching. Aku sunyi kat umah. Salah satu agenda nak hilangkan rasa bosan ialah jogging waktu petang kat Taman Bulatan Miri. Teman aku selalunya Siti, jiran sebelah rumah merangkap sepupu aku. Tapi bukan jogging bebeno pun...takat lari 30 meter. Pastu berenti. Borak2 balik dengan Siti. Masalhnya bukan pada aku. Dak siti ni kuat sangat tabiat boraknya. Susah nak stay quiet untukn beberapa minit jak...tapi dialah teman sejiwa aku sejak dari kecik. Orangnya kacukan Pakistan. Cantik. Tapi tak selari dengan pencapaian akedemik la. Sekarang dia keja sebagai cikgu sekolah tadika. Semua tu tak penting. Yang penting dia memang baik. Untung la memana laki dapat bebinikan dia...

Tak tahu nak sambung tulis apa...

Berbalik kepada topik aku jogging tadi. Kekadang aku memang bengong sikit. Kalo da takda seluar trek, aku belasah je pakai seluar jeans. Bukan tak ada. Banyak. Tapi aku tak bawak balik la. Kat kedah nu banyak la. Hehe...aku peduli hapa. Hai...cam ne la nak ada boipren. Perwatakkan aku memang tak menarik. Aku selalu pakai hentam je asal badan aku tertutup. Aku bukan reti nak berpesen2. Keluar dr umah bukannya nak make-up2. Muka aku ni jarang sekali diletakkan apa2. Memang bertuahlah pada sesapa yang penah tengok aku make-up.

Terus terang cakap. Bila jogging aku tak pakai tudung. Aku tahu berdosa. Entah aku tak tahu napa. Taman tu depan umah aku je. Jadi, aku rasa taman tu dah sama macam ruang dalam umah aku gak. Orang2 kat situ pun jejiran aku. Tak da plak rasa kekok. Tapi aku tetap ngaku perbuatan aku salah. 

Nak dijadikan cerita...bila aku jogging, aku pun tak tahu napa...ada waktu2 tertentu aku akan menoleh ke belakang. Korang penah ke buat camtu? Yang peliknya...tiap kali aku menoleh, aku akan tertengok lelaki yang sama jogging di belakang aku. Tapi selalunya dia dah 3 round aku belom pun abis 1 round. Aku rasa dah banyak kali aku toleh belakang musti dia yang ada di belakang aku. Takkan aku nak cakap "eh, kenapa awak ikut2 saya ha?". Tak pasal2 masyarakat sejagat benci kat aku plak kang. Mengada-ngada namanya tu.

Lelaki tu? Hem....tengok dari gaya mcm bukan org sini. Maksud aku non-sarawakian. Macam mamat semenanjung. Gelap2, mata tajam, hidung mancung...berbadan besar. Kira 'no woman would resist him' punya type la.

Petang semalam ada satu kejadian yang membuatkan aku nak masukkan dia dalam blog aku ni. Macam biasa. After 2 round aku jogging, aku akan stop di satu spot nih. Spot tu memang tempat aku buat scretching la (betul ke ejaan? hentam ja la). Aku nengok ada satu tisu dilipat cm belon (kapal terbang) dan disisip atas meja tu. Baik Punya. Aku amik. Belek2 cm ada benda yang ditulis kat situ. 

Gadis yang Jogging dengan Jeans,
Awak nampak paling pelik kat dalam taman ni. Tapi rambut awak cantik bila ditiup angin tiap kali awak menoleh ke belakang.

Aku tak pasti samada aku perasan atau tisu tu memang untuk aku. Bila aku toleh sekeliling and aku siap buat 1 round lagi, dia dah tak ada. Selalunya aku balik dulu sebelum dia. Bahasanya amat baku dalam tisu tu. Aku rasa cm nak gelak. Oleh kerana pada hari tu tak da sesapa yang jogging dengan jeans selain aku, aku anggap tisu tu memang untuk aku. Aku bawak balik.

Walaupun dia puji rambut aku cantik (huh...cantik ke? ketak je!) aku rasa bersalah. Kejadian ni buat aku sedar, aku tak mahu aurat wanitaku yang menjadikan aku punyai daya tarikan. Daya tarikan terhadap lelaki. Dosa bertambah lagi...

Petang ni aku nekad jogging dengan menutup kembali rambut aku. Pakai tudung kecik pun tak apa. Janji tutup.

Untuk lelaki tisu tu...aku tak mahu toleh ko lagi petang ni.

Thursday, December 11, 2008

Cuti dan Aku

Dear blog,
Lama da tak update ko. Maklumla...cuti. Takkan nak layan blog plak kan. Time ni la aku nak melepas rindu dendam dan berkumpul dgn famili aku yang aku centai. Aku ni besa la. Cuti tak da p memana pun. Bukannya banyak duit nak pegi cuti2 Msia pun. Baik aku simpan duit tu wat tambang balik kedah kang.

Sunyi la. Mak aku berfoya2 kat Kuching sampai 18hb nanti. Ada kenduri kawen adik kepada abang ipar aku. Aku sepatutnya ikut sekali. Ye la...anak bongsu mana leh tinggal kan. Tapi aku tpksa berkorban skit la. Selasa depan aku ada interview dgn Miriport Authority. Aku syukur sesangat. Walopon tak konfem dapat praktikal kat situ, at least aku da sampai tahap interview. Mudah2an Allah beri rezeki dan peluang untuk aku. Aku betul2 nak keja kat situ. Kenapa? Lain kali la aku taip. Sebabnya memang banyak. Terima kasihlah Mr Louise Lalit Lawai. Dia Training Coodinator kat situ. Dia la yang buka ruang dan kasi peluang kat aku sebenarnya.Kepada sesapa yang terbaca blog aku ni, doakan aku dapat le ye...amin...

Layan blog Mr Dandelinoid sat. Rindu plak dgn ceta dia...(^_^)