Tuesday, March 31, 2009

Tulis sikit

Singgah sekejap. Aku tersangat lah sibuk sampai xsempat nak update blog. Bukan sebab aku malas atau dah boring ok.

Tiap hari keja aku menaip sekarang...menaip report yang masih lagi tinggal 4 belum dihantar. Tapi semuanya dah siap, tinggal edit sikit2.

Ok lah...nanti ada masa aku tulis lagi!

Saturday, March 7, 2009

KAMI

Mungkin dah lambat sangat dah untuk aku buat review tentang KAMI the movie. Baru tengok. Sebenarnya semasa menaip entry ni aku dalam keadaan emo. Tak puas hati. Sedih. Siap nangis...huhu...

Abu mati. Tu yang aku tak tahan tu...kalo Abu mati, ceta ni cam dah xda sambungan lepas ni. Kalau ada sambungan pun aku malas da nak tengok. Kurang seorang daripada mereka, tak lengkap rasanya. Watak dia ja yang banyak mendorong aku tengok ceta tu. Budak nakal, suka mencuri dan bohong. Tapi dalam persahabatan tabik spring kat dia. Ada satu adegan dia curi cd untuk bagi inspiration kat Ali. Baik tapi salah. Niat tak menghalalkan cara. Apa yang menyedihkan, bapak dia baru menghargai dia lepas dia meninggal. What the hal?Huh.

Aku minat plak dengan watak 'BOY'. Dealer pil2 khayal. Ntah la, setiap kali dia luahkan dialog...ada la gak ala- ala nasir bilal khan...adlin aman ramli. Dialog yang keluar lambat2 dan satu persatu menguatkan lagi watak garang dan samsengnya tu. Pada aku dia ni ada bakat. Harap2 lepas ni bole tengok dia muncul lagi berlakon dalam cerita2 lain.

Kesimpulan : Aku sedih Abu mati.

Virus- Virus Cinta

Tadi aku menerima panggilan telefon yang biasa daripada Mr M. Agak tergamam kerana ucapannya boleh dikatakan luar biasa.

Pernahkah kamu menerima ucapan "Selamat Hari Wanita Sedunia!" ?

Well...aku tak pernah. Dan aku tak pernah terfikir ada orang akan memberi ucapan cm tu kat aku. Aku tak tahu langsung hari ni adalah hari wanita sedunia. Menda cm ni, jarang skali aku nak amik tahu. 

"Aku sebagai lelaki akan terus sokong  ko untuk terus bahagia dan berjaya". Waa...memang jenis bertanam tebu di pinggir bibir dia ni. Lelaki yang terlalu banyak tahu tentang perempuan, pelik untuk aku. 

Apapun...memang sweet. Aku makin keliru. Antara aku dan dia...mungkinkah? 

Cukup!!! Jangan menyebarkan virus2 cinta ko lagi.

Bila plak hari "Jantan Sedunia"...?

Thursday, March 5, 2009

Aku Sayang Blog Aku

Walau sesakit mana pun hati aku, aku cuba untuk tidak menceritakan perkara buruk mengenai orang lain di sini. Sakit hati, simpan di hati. Memang payah...aku sayangkan sangat blog aku dan aku tak mahu mencelakannya dengan cerita nista berkenaan orang lain. Dulu aku mgkin pernah buat, menyindir seseorang. Aku cuba menginsafi perlakuan aku tu. 

Payah kan bila hati sakit. Of course, kita punya kawan untuk meluahkan perasaan yang terbuku. Tapi selalunya blog tetap menjadi medium  terakhir untuk kita meluahkan perasaan gelisah tu. Aku punya masalah. Hati jadi amat sakit. Memang susah nak buat orang faham apa yang kita rasa. Orang akan lupa apa yang kita katakan pada mereka. Orang akan lupa apa yang kita buat pada mereka. Tapi apabila perasaan mereka dicalar, ada yang sampai mati tak boleh lupa.

Aku selalu tak puas hati bila aku disakiti. Then, apalagi syaitan mula menambah negatif thinking aku pada orang lain. Ikut kajian, marah hanya berlangsung selama 4 minit lebih. Kalau lebih dari tu kita masih bermasam muka, sehari...dua hari...dan lebih dari tu, ianya dah dikira sebagai dendam. 

Dendam. Buat muka jadi hodoh. Produktiviti menurun. Badan tak sihat. Tak dapat hidayah. Bila tak dapat hidayah hidup jadi tak gembira, tak best.

Aku menginsafi perkara tu lagi...dah tentu aku pun pernah terlibat dengan dendam.

Kenapa ya kita disakiti...padahal kadang2 kita merasakan kita sudah penat cuba memuaskan hati seseorang. Keep on entertaining other people all the time.
  
Asbab...?
  • Allah memang nak menguji kesabaran kita
  • You deserve what you get. Kadang-kadang kita terlepas pandang, kita juga mungkin pernah menyakiti orang lain. Apa salahnya kalo kita pula disakiti? Karma.
Apapun, aku bersyukur masalah aku selesai tanpa perlu mencela atau marah padanya di sini. Apa yang aku dah buat? Aku pn hampir tak percaya. Hati aku jadi kuat. Bercakap dari hati ke hati dengan individu itu. Bukan senang, payah. Malah aku sendiri merasa sakit kerana terpaksa mengeluarkan kata yang menyakitkan hatinya. Tapi aku ikhlas dan tidak ada niat untuk menyalahkannya semata-mata, Alhamdulillah...ianya berakhir dengan baik. Aman. Tiada perkelahian.
 

Aku akan menulis.... kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, rasa fed-up...segala- galanya. Tapi semuanya tentang aku. Bukan orang lain...Sebab : AKU SAYANG BLOG AKU (^_^)



Tuesday, March 3, 2009

Ku- Ci- Wa

Tadi aku baru selesai mid-sem. Dr Yip banyak beri semangat dan selalu yakin pada kebolehan aku. Katanya "you must score this time"...

Malangnya...soalan tadi senang. Tapi aku lupa nak simplifykan regressor....dan akibatnya semua jawapan di bawah akan menjadi salah!!!

Tapi semua dah lepas...

Minta maaf Dr Yip

Harap dapat buat betul2 masa final nanti.

Stupid mistake...menyesal pun tak guna.

Monday, March 2, 2009

Eh!



Eh! keluaran Mac bertemakan musim bunga. Majalah ni adalah peberet aku. Kalu tak beli rasa cm hidup ni tak sah. Cover girl Liyana Jasmay. Tengok dari jauh tak macam Liyana Jasmay. Itulah kuasa dan ilusi make-up, mampu mengubah personaliti seseorang.

Apa yang menarik?

Trend musim bunga. Aksesori kalung 'chunky' yang dempak mewah kekal menguasai pentas peraga. Diberi suntikan sedikit Retro, Vintage dan Suku Bangsa. Yang paling menarik perhatian aku kalung lapisan butir biru, Giorgio Armani...how I wish I can have that...

Kasut! Ya...aku memang mudah jatuh cinta dengan kasut. Paling menggoda kasut Louise Vuitton koleksi bunga 2009. Harga tidak diketahui dan aku tak mahu tahu. Entah bila aku boleh membeli kasut harga mcm tu.

Sudut horoskop kali ni pun mempamerkan zodiak dan bunga. Apa yang menarik ulasan tentang diri aku kali ni memang agak tepat.

GEMINI (Romantika Lily, esotika Pakis)
"Komunikasi dan bahasa sangat penting bagi mereka. Mereka memiliki kemampuan berkembang dan menimba ilmu yang tinggi. Umumnya Gemini tidak stabil, reaksi terhadap situasi ditentukan oleh mood mereka. Pengetahuan, fikiran yang pantas dan kepandaian jelas terlihat pada pemilik zodiak ini. Mereka mudah berubah- ubah. Simbol ini memiliki pesona alami dan kuasa karisma yang menarik semua zodiak. Mereka memiliki banyak idea yang membuat kita tertarik, namun mereka cenderung amat bosan jika mereka berada di sekitar individu yang enggan menyetujui mereka. Dalam cinta, Gemini sukakan cabaran dan perubahan"

Pasal bab cinta tu aku tak pasti...Tak sabar nak tunggu Eh! keluaran April pulak.