Monday, April 27, 2009

Nur Aissya Humayra Lahir Ke Dunia


Nur Aissya Humayra...ni adalah nama cadangan aku kepada kakak aku. Tak sangka dia setuju. Gambar ni diambil setelah genap 2 hari dia lahir di dunia ni. Dia ni kuat tidur. Sihat orangnya, lahir 3.5 kg. Myra adalah anak buah aku yg ke-22. Ya... diulangi....yang ke-22.

Aku happy lahir dalam keluarga yang besar. Banyak keturunan. Hehe...apa saja yg kami raikan, pasti meriah.

Tahniah untuk kakak dan abang ipar aku. Sekarang mereka dah ada 4 anak. 

Untuk Myra, semoga jadi anak yang solehah...dan baik hati. Selamat datang ke dunia yang fana ini!

Sunday, April 26, 2009

Aku dan Faizal Tahir

Suatu masa dulu Faizal Tahir pernah digam dari muncul dalam tv gara2 aksinya membuka baju di pentas semasa membuat persembahan di 8tv. Setelah melalui proses temuramah, dia menerangkan bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk berniat liar dan hanya mahu membuat persembahan terbaik untuk peminat2nya. Yelah, kalau dia tahu menda tu bagi kesan buruk untuk karier dia, sapa nak buat kan. Pada masa cerita tu baru2 lagi hangat...aku mengatakan 'eleh...' utk jawapan dan penerangan Faizal Tahir tu.

Perkara yang sama terjadi pada aku. Tapi bukan la peristiwa aku bukak baju. Tak ada keja aku nak membuka baju plak kan. Aku telah menelefon ke sebuah organisasi untuk mengetahui maklumat intern aku. Aku kol bahagian yang sepatutnya, tapi tidak berangkat. Jadi aku kol la managernya. Dengan tak sengaja aku pun perasan la nak beramah mesra. Tanpa menyedari ayat berikut keluar dari mulut aku "Maaf la madam. I ganggu you. I kol bahagian (dirahsiakan) tadi, tapi tak angkat. Maaf ya madam. I just nak tahu information bla..bla..."

Kesan atas tindakan di atas...bukan la aku digam dari muncul di tv 3 bulan. Pehal pulak aku nak kuar tv kan. Lalu kejap kat iklan Harpic pun tak lepas agaknya. Balik kepada kesan tadi, ayat aku tu telah dianggap 'complain' oleh organisasi berkenaan. Jadi bahagian yang aku kol tak dapat tu kena warning la drp head management. Orang2 yang ada authoriti di bahagian yang aku kol tak dapat tu kol aku plak dan komplen pada aku balik...Memang kow2 la gak ayat depa. Aku tak ada jalan lain, I have to take the blame...walaupun aku tak ada niat,atau tak sengaja atau aku sememangnya jahil ttg perkara itu. Aku dipersalahkan dan dikesali oleh mereka. Tak apalah, aku just mengaku salah aku dan anggap tu sbg first lesson aku sebelum menjejaki ke alam pekerjaan.

Aku nak bebalik kepada isu pasal 'complain'. Kalau customer komplen, and kita kena warning by the bosses, kita kena kol balik customer and komplen customer balik ke? Customer always right....right?

Nevermind. Aku pun kesal gak ngan hal ni. Yelah, tak pasal2 org lain turut sama susah pasal perkataan yang keluar daripada mulut aku. Aku bercadang nak visit tempat tu sebelum aku masuk intern utk hari pertama. Apologize properly. Kalau pun ada yang benci aku nanti, harap2 tak semuanya.

Kadang2 dalam hidup ni kita terpaksa menanggung perkara yang tak adil berlaku kepada diri kita. Tak apalah. Tak baik menyesali. Sesungguhnya Allah tak menurunkan sesuatu beban itu kepada orang yang tak mampu menanggungnya. Mungkin aku layak untuk menanggung semua ni. Mungkin ada hikmah. Hanya Allah yang Tahu. Bak kata my rumet "orang yang berjaya bermula daripada kejatuhan"

Dan akhir sekali, aku tabik spring kepada Faizal Tahir. Lepas krisis tu jadi pada dirinya, dia makin meletup. Bukan makin jatuh. Kesalahan kami sama. Iaitu "tak sengaja"....

**Faizal Tahir/ Aku- KAMI SERUPA**

Monday, April 20, 2009

Gaya Hidup Sihat

Kebelakangan ni aku, rumet dan kachak mula ber-eksesais di bilik. Berpeluh la jugak kan...ditambah pulak cuaca yang amat panas di UUM sekarang, mungkin kerana penebangan pokok yang amat berleluasa kebelakangan ni, kami anggap sajalah bilik kami ni bilik sauna.

Yang tak bestnya, cuaca yang amat panas ni memang kacau mood aku nak konsentrate belajar. Bayangkanlah anda berlajar dalam keadaan yang berpeluh2, kulit melekit, setiap 5 minit meneguk ais batu....naik kejong salur trakea aku ni.

Tapi tak pa, sabar....aku tinggal 3 paper lagi. Sambil2 mengejar pointer yang lebih baik, aku nak mengamalkan gaya hidup sihat, iaitu beraerobik di bilik secara regular!

Wednesday, April 8, 2009

Sebab Lelaki Fed-Up

Aku sangatlah berminat dengan persoalan mcm ni. Sebabnya, bila ada kwn2 yang mengadu dan menangis di bahu aku bila ditinggalkan pakwe nya, sorang pun xberjaya carik kesalahan diri sendiri. Minta maaf cakap, walaupon aku seorang perempuan, aku lebih merasakan perempuan yang lebih banyak mengeruhkan keadaan bila hubungan diorang dilanda masalah. Banyak point boleh dibuat untuk entry ni...aku boleh bagi 10 sebab yang paling common...untuk kamu direject!
  • Lelaki mcm gelang getah. Kadang2 dia bila diregangkan, biarkan je la dia menjauhkan diri kejap. Nanti bila dia rindu dia akan mai semula...aku percaya teori ni. Kalau dia x angkat phone 5 kali dan xbalas msg ke-6 kamu, jangan cuba buat kol yang ke-5 dan hantar msg yang ke-7. Lelaki x suka girl terhegeh2 sgt.
  • Girl yang canggih sgt...baju pink, getah rambut pink, kasut pink, handbag pink, lipstik pink....jika hari hujan, payungnya sekalipun pink!
  • Girl yang buat 1 phone call, tetapi pakwenya dihujani 29 soalan. Siapa xmenyampah?
  • Girl yang call setiap 10 minit...
  • Girl yang meransang pakwenya untuk berjaya. 
  • Girl yang memperkecilkan pakwenya. Walaupon kamu pandai, jgn tunjuk depan dia. 
  • Pisau cukur/high maintenance.
  • Girl yang suka buat asumption sendiri. Pakwe yang sedang bekerja dikatanya tgh date ngan girl lain.
  • Girl yang main kayu 3,4,5,6....infiniti.
  • Kuat sangat merajuk!
  • Kau tak cantik!
Hem...aku sedang mencari sebab atas kegagalan hubungan aku yang lepas gak sebenarnya. Tapi setelah diteliti aku tak termasuk di dalam 11 kategori di atas (mungkin ya untuk kategori last sekali). Setelah aku teliti dan tanyakan padanya secara terus terang...

"You don't love me yet?"

Dia mengangguk perlahan. Ikutkan rasa hati, aku wajar melempangnya masa tu. Kenapa baru sekarang nak sedar suka atau tak suka kan.

Entah kenapa aku tak marah. Tak menangis. Atau tak kesal. Mungkin sebab pengakuannya tu amat ikhlas di mata aku walaupon membuatkan aku makan dalam. Masa tu baru aku sedar mgkin aku pun "not love him yet". 

Kadang2 brake-up tak perlukan alasan yang kuat. Hikmah di sebalik semua ni? Sekarang aku lebih memahami perasaan untuk mencintai dan dicintai. Bila dah faham konsep ni, kita takkan senang2 jatuh2 cinta. Dan senang2 putus....

**End of Romantic Mood**


Sunday, April 5, 2009

Rubbish Truck

Semalam aku kena hadir ke taklimat praktikum...sebagai persediaan untuk batch aku g praktikum Jun ni. Hem....apa yg menarik? Tak ada yang menarik. Aku pegi bersama kachak, ika and wiya. Tapi at least, ada menda baru yg aku dapat hari tu. Ceramah memang boring. Sedar atau tidak, ceramah, seminar ni semua mampu menyucikan rohani kita. Motivasi dan semangat aku bertambah lepas taklimat tu. Dah nampak sikit apa yang boleh aku buat untuk masa depan aku nanti.

"...a dream is a wish your heart makes". Itu antara ayat yang berjaya buat hati aku tergerak untuk buat sesuatu yang bermakna dalam hidup aku...sekarang ataupun kelak.

Analogi 1:
Jangan jadi macam rubbish truck, kumpul semua perasaan benci dan marah pada orang. Bila sampah dah semakin penuh, lori akan jadi makin bau. Macam kita manusia, makin banyak simpan dendam dan benci, kita sendiri lama-kelamaan akan hilang nilai kemanusiaan dan tak ada tempat dalam hati setiap orang.

Analogi 2:
Nasaruddin ada cincin. Cincin Nasarudin tercicir. Seorang pak cik tegur Nasarudin...

"carik apa?"
"carik cincin"
"hilang kat mana?"
"kat sana"
"abis tu kenapa kau carik kat sini"
"sebab kat sini ada lampu. senang sikit nak carik. kat sana gelap, payahlah. tak nampak"

kita selalunya macam pangai Nasarudin. Selalu ambil jalan mudah walopon jalan tu takkan selesaikan masalah kita. Kita selalu takut susah.....

Cukuplah. Aku tak mhu jadi rubbish truck atau Nasarudin. Aku mahu jadi aku. Berdiri atas pendirian aku. Tak kan goyah dengan kecaman orang lain. Alhamdulillah aku selamat sampai hari ni...