Tuesday, October 28, 2008

Perkataan "macam bagus"

Daripadakah wujudnya perkataan ini...? "Macam bagus" satu perkataan yang sangat sinis/ sarkastik yang boleh membuatkan seseorang itu naik marah. Tapi secara halusnya ayat ini juga adalah refleksi terhadap ketidaksetujuan terhadap perilaku seseorang yang hipokrit. Dengan kata lain, meluat apabila melihat perilaku baik yang dibuat2 atau berkata2 baik yang tidak sepadan dengan personaliti individu tersebut.

Kita sering tidap puas hati dan menuduh seseorang individu itu keras kepala atau degil apabila tidak mahu menerima nasihat. Tapi pernahkah anda menilai diri sendiri wahai si pemberi nasihat? Bijak memberi banyak buah fikiran dan pelbagai lagi pendapat tentang norma kehidupan, adakah anda berada dalam norma yang betul? Kalau ya...is it always? Anda tidak pernah buat silap? Singkaplah kembali masa lalu sebelum berhujah bijak terhadap orang lain. Sekiranya kita dihormati dan memberi nasihat dengan cara yang berhikmah...akan sejuk hati si penerima nasihat. Tetapi kalau penerima nasihat itu memberi respon 'objection'...'bajet angel'...atau melontarkan perkataan 'macam bagus'...bererti ada sesuatu yang tidak kena dalam diri kita sendiri yang belum lagi dipenuhi justeru belum layak untuk memberi perubahan dalam hidup orang lain. Kepada kalian yang suka memberi nasihat diluar sana, termasuk aku mari kita sama2 insafi diri...sebelum mengelurakan kata2 yang kita harapkan dapat mengubah orang lain. Ubahlah diri kita dahulu...Jangan mengunakan kalimah Allah sewenang2nya untuk mempengaruhi orang lain sekiranya diri masih lagi belum arif dengan semua itu...slow down. Kita manusia biasa. Perkara yang kita paling jahil adalah diri sendiri. Mgkin sebab itu kekurangan dan kesalahan yang lain lebih ketara daripada diri sendiri. Apa saja yang diucapkan, biarlah bersederhana dan berpada. Slow down...aku malu....aku belajar disakiti dan diprovokasi...dan aku berhenti...

No comments: