Monday, October 27, 2008

Hanya Mahu Difahami

Ya...memang betul Seorang kawan harus menasihati kawannya agar tidak terus silap dalam tindakannya. Tapi benarkah tindakan kawan anda itu silap lalu memberikan khidmat motivasi dan acapkali mengatakan 'kau tak patut berbuat demikian bla..bla..bla..'. Satu analogi mudah, jika anda kematian ahli keluarga anda yang tersayang...anda menangis dan merintih. Lalu ada satu suara sahabat anda mengatakan "sudah.jangan menangis.sudah ajalnya.tiada guna kau menangis. diatak akan kembali. kalau kau menangis dia takkan hidup semula pun. tindakan kau yang menangis ni takkan selesaikan masalah.walau kau menangis sampai keluar air mata darah". Rasanya sebagai seorang manusia biasa, menangis apabila kehilangan orang tersayang adalah tindakan normal. Kenapa perlu dipertikai respon kita terhadap sesuatu masalah? Dan seorang sahabat harus menggunakan 'bahasa sahabat' bukan 'bahasa orang bijak pandai'  (ayat analogi di atas adalah satu contoh bahasa orang bijak pandai)seolah-olah dia menanggung lebih banyak beban daripada anda. Bahasa seorang sahabat sepatutnya berbunyi begini "sabarlah. kalau menangis tu boleh menenangkan kau...menangislah puas2. mungkin Allah lebih sayangkan dia". Anda nampak perbezaan? Bahasa seorang sahabat tak akan mempertikai tindakan/respon emosi sahabatnya bukan? Inilah masalah orang bijak pandai, tidak mahu memahami...hanya menilai. Alangkah sayangnya jika sebuah persahabatan berakhir hanya dengan perbezaan kedua-dua bahasa di atas. Tapi itulah hakikatnya. Persahabatan. Akarnya kepercayaan dan sokongan. Bukan rasionaliti dan prasyarat yang harus dipenuhi. Orang bijak pandai berkata "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Melafazkan kata2 bijak dan berhujah lebih mudah daripada memikul beban itu sendiri. Puaskah dan fahamkah anda jika memotivasikan orang lain tanpa memahami dan mengkaji masalah/insan itu dahulu? Banyak hati boleh terluka, banyak hubungan boleh terputus dengan sekelip mata...tanpa kita sedar...lantaran tikaman lidah yang terlalu liar...satu perkataan common...'memahami'...mampu menyelamatkan banyak perkara.

No comments: