Friday, October 17, 2008

Walk aimlessly!

Dah 2-3 hari aku tak update. Banyak benda berlaku. Bukan tak ada masa. Cuma banyak benda lain yang lebih penting untuk aku fikir dan buat keputusan baik. Dua hari lepas aku sibuk mohon praktikal kat tempat lain setelah Land Survey Miri menolak permohonan aku lonjong2! Berikut adalah email yang direply pegawai tadbir kat situ...

Cik Suzana,

Perkara tersebut di atas adalah dengan ini dirujuk.
Melalui maklumat yang diterima, dukacita memaklumkan bahawa permohonan  
Cik untuk menjalankan Latihan Industri di jabatan ini tidak dapat 
dipertimbangkan memandangkan bidang kursus yang diambil tidak berkaitan dengan jabatan ini. Sekiranya jabatan 
ini menerima permohonan Cik 
dikhuatiri ianya tidak akan memberi sebarang pendedahan yang berkaitan 
dengan bidang kursus yang dipelajari.

Walau bagaimanpun terima kasih di atas kepercayaan Cik kerana telah 
memilih jabatan kami sebagai tempat untuk mengadakan Latihan Industri Cik.

Semoga maju jaya!

Memang sedih bila kena reject...nasib baik aku bukan jenis yang merenung nasib kat tepi tingkap je. Terus aku membuat tindakan. This time, aku mohon Sarawak Plantation Service dan Miriport...harap kenalah salah satu. Aku bukan apa, aku nak praktikal kat kampung aku, miri. Rindu sangat. Dah lama sangat aku dok ke hulu hilir. Tak pernah lekat kat rumah lepas SPM. Praktikal ni bagi aku bukan bergantung pada tempat. Tak semestinya orang yang praktikal kat KL dapat buat elok kan? Bagi aku, the matter is how we deal with the surrounding and experienced...hem...i will follow my path and believe in it!

Hari ni aku dan rumet memang boring giler. Petang tadi kitorang buat taik mata secara duet. Panas2 pun boleh tido nyenyak dan tak terganggu langsung. Tak paham aku pangai kitorg ni kadang. Dia cadangkan kitorang g jogging. Katanya badan kitorg da banyak lemak.Hehe...walaupun betul, aku malas nak iyakan. Petang tu kitorg jalan aimlessly, tanpa matlamat, amik angin kat tasik guthrie. Eh...dah tukar...tasik sime darby. Jalan punya jalan 'ter'decide nak p ekspo plak...siap carik makan kat situ. Aku teringin makan young tau fu. Aku dan rumet pun beli la dengan rakusnya. Kira2 aku nye semua RM6. Rumet nye RM 6.50....xpe..kitorg tak kisah. Makan asek nak mewah je. Malangnya...tak sedap langsung! Buat muntah je....huhu....sayang duit aku!




No comments: