Monday, October 13, 2008

Alhamdulillah...

Tiada apa yang aku dapat katakan selain daripada melafazkan "syukur alhamdulillah..." Kad matrik aku yang hilang dan aku bebelkan semalam telah kembali padaku. Allah sesungguhnya Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Dengan sedikit usaha dan doa aku kerap menjumpai semula barang aku yang telah hilang. Aku nak singkap semula daripada kali pertama kad matrik aku hilang....

1st Time
Suatu pagi tu aku ada latihan/bengkel silat gayong. Aku kelam kabut nak masuk latihan. At the same time aku perlu keluarkan duit time tu gak. Sebab aku lom bayar yuran aku RM 50. Tiba2 mesin Atm tu telan kad aku....huhu...sedih gila. Dah la perlukan duit, skrg langsung tak leh nak korek duit kat dalam bank. Dalam bank aku still ada balance. Quite large amount. The stupid things is..my pin number tertera jelas kat kad tu. Pin number aku tak tukar2 lg time tu, sama dengan birthday aku (150687). Sebab kat depan kad matrik tu ada tulis no ic sekali. Bijak..bijak...hem....Kalau la mesin atm tu reject kad aku keluar and somebody take my kad tu...senang2 je dia korek balance duit aku. Cm ne la aku nak idup kat sini kalo xda duit tu???Huhu... The next..next.. day (may be 2-3 hari pas tu) aku g bank tanya kalau2 diorang bole dapatkan balik kad aku yang kena telan tu. Diorg cakap mesin tu maybe dah reject balik kad aku sebab runner diorang dah bukak mesin tu tp tak ada kad kat dalam. Maybe orang lain da amik. Aku da nak nangis da...terbayang2 aku akan jadi pokai gile pas tu. Tapi nak buat cm mana...aku buat gak la kad matrik baru. Duit ada atau tak lagi dalam tu belakang kira. Dah siap buat semua...aku p tukar number pin. Dah siap semua aku try cek balance...Alhamdulillah...1 sen pun xda kurang from my account. Walaupun aku tak dapat kad matrik aku balik...tp aku dapat semua duit aku balik. Dan aku tidak perlu hidup secara pokai selepas itu. Hooreyy!!!

2nd Time
Cam biasa bila masuk kelas aku keluarkan kad matrik nak touch kad kat 'benda' (aku tak tahu namanya. aku pasti korang semua tau) tu. Didapati kad matrik tadak lagi...aku tension giler...aku tak jadi masuk kelas tu. Merata2 aku carik kad matrik tu. Kat atas tanah..rumput...tempat2 yang aku lalu semua aku cari. Tapi tak jumpa gak. The next kelas aku masuk gak. Aku ngelamun je sepanjang kelas tu. Risau betul aku. Susah la tak ada kad matrik..tak lama pas tu nak exam. Aku buat announcement kat dinding dewan kuliah. Kot2 ada budak jmpa dia leh contact aku bila dia tengok adv tu. Balik2 aku tenangkan diri jap. Amik wudhuk. Tunaikan solat asar dengan khusyuk (setakat yang aku mampu nak khusyuk la). Lepas je aku bg salam...phone aku bunyik. HEP kol. " Aa...adik ni suzana eh. Datang HEP  skrg amik kad matrik adik. Ada student hanta kad adik mai sini td" Ya Allah...

3rd Time (petang tadi)
Balik2 raya aku terus wat discussion dengan ika dan suhaida. Kat library lagi..(aku memang jarang sgt2 jejak libary). Nak masuk library kan kena scan. Aku tak perasan pas aku keluarkan kad matrik aku tu ianya bakal hilang buat kesekian kalinya. Aku punya lah carik...Aku tanya merata tempat kot lah ada budak yang hantar kad matrik tercicir. Last sekali baru aku teringat pasal library. Aku pun ajak ika singgah library kejap. Mula2 aku pegi tu aku tanya kat kaunter pertanyaan kat luar je. Dia kata "tak dok lagi la dik". Balik dr kelas tu hati aku tergerak nak p library sekali lagi. Kali ni guy yang kat kaunter ni org lain. Yang ni handsome and helpful. Dia cek semua laci yang ada kat kaunter tu. Then dia suruh aku masuk tanya kat orang dalam. Kaunter kat dalam tu suruh aku masuk dalam lagi cari En Suparman...(seyes nama dia suparman.bukan aku reka2 tau). Aku dok berlegar2 dalam ofis tu. Carik nama En Suparman. Aku tertengok sorang laki yang dok perati aku...dia tegur "suzana ke? carik kad matrik?" Aku dah tersenyum lebar da...huhu...konfem dah kad matrik aku tinggal kat sini. Terima kasih lah kat encik tu. Dah la baik. Gigi pun putih. Tak marah aku plak tu (selalunya kena marah for being careless). Aku keluar dr library tu lenggang kangkung. Senyum lebar gila...nasib baik gigi tak jatuh. Aku sempat singgah kat kaunter depan menyatakan kejayaan aku menemui kad matrik aku dengan handsome guy tu. Aku melambai ke arah ika. Ika senyum tanda faham kelakuan aku yang sengal tu. Hepi!

Penceritaan tentang kad matrik aku tu bukan perkara penting. Mungkin sesetengah orang anggap aku ni kecoh je. Kad matrik kan boleh buat balik bila2 masa. Apa yang aku tekankan kat sini, aku tak mau jadi orang yang tak bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Kad matrik aku hilang...takkan aku tak perlu risau. Kad matrik adalah identiti seorang mahasiswa. Kalau ia dah hilang dan aku tak peduli...tu maknanya aku tak betanggungjawab. Ni semua sebagai latihan supaya aku boleh jadi amanah dengan apa jua perkara bila aku da keja kelak. Dan lagi...kalau kita ada masalah...kenapa buang masa bersedih dan membebel? Apa kata kita usaha untuk menyelesaikannya. Memang la mulanya nampak kabur dan mcm tak ada penyelesaian. Sokonglah usaha anda dengan doa dan rasa kehambaan kepada Allah SWT. InsyaAllah...anda akan mendapat ending yang baik...(-_-)


No comments: