Saturday, October 11, 2008

Perkara wajib dalam hidupku...

Baru sat aku menghantar sms dengan member lamaku, as. Entah kenapa, sejak perbualan pasal "org minyak" hari tu aku dan dia senyap je. Bukan gaduh... aku ada la terkilan sikit dia tak percaya kat aku. Tapi bila fikir balik, kalo aku ditempat dia pun aku akan buat mcm tu. Yelah, buat apa dia memihak pd aku atau si "org minyak" tu sedangkan dia tak melihat situasi sebenar. Kadang- kadang aku ni mcm budak2 jgk. Cepat panas. Kalo kasar bahasa aku padanya, aku harap dia maafkan aku. Bukan niat aku nak ckp mcm tu...tu semua hanya rasa tidak puas hati yang tak sampai kepada org yang sepatutnya aku luahkan. 
 
Saja aku msg dia, aku nak letakkan url blognya dalam list aku. Apa saja yang aku buat, aku selalu pastikan benda tu aku kongsikan dengan as. Ntahlah...kadang2 ada jugak rasa risau. Macam manalah kalo satu hari nanti as tak amik tau pasal aku lagi. Sebab tu aku akan pastikan dia "appear" dalam hidup aku dalam bentuk apa sekalipun. Sempat aku katakan padanya..."kau kan antara perkara wajib dalam hidup aku". Tak pernah aku katakan ini pada kawan perempuan ku lain. Bermakna perasaan sayangku padanya sudah ibarat ada talian adik- beradik.

Andai diizinkan Tuhan, aku mahu memiliki persahabatn yang aku ada kini kekal sehingga hari tuaku. Percintaan..ikatan pertunangan...atau ikatan perkahwinan yang tak panjang jodoh ada tempohnya. Hanya persahabatan tak ada "expired date"....selamat malam dunia.

2 comments:

cafiena said...

ak ngkah link blog tok kat blog ak k?

mykrusye said...

ok as...boleh jak..my pleasure