Sunday, October 12, 2008

Kehilangan

Percaya atau x, ini dah kali ke-3 aku hilang kad matrik. Satu rekod yang teruk utk sorang pelajar d mana kad matrik jg mewakili kad atm biasiswa/ pinjaman depa. Takkan la nak hilang sampai 3 kali mcm aku. Cuaikah aku??? Jawapannya tidak... Orang yang overly-conscious mcm aku pun selalu tercicir barang. Sebab terlalu berhati- hati, asyik fikir mana aku letak itu ini  pun last2 ada gak barang aku yang hilang. Apa nak buat...da nasib...aku harap ada la insan yang berhati mulia menghantar kad matrik aku kat pejabat HEP. Leh la aku amik kat situ.

Kiranya aku carik dulu la kat mana2 kad matrik tu. Kalo tak ada gak, aku cadang nak buat hari Khamis jek. Punya la aku frust td sampai tertidur....(ye ke...bukan mmg kuat tido ke?). Moga2 Allah kembalikan la apa yang aku kehilangan.

Aku rasa sunyi lak semenjak mr dandelinoid tak mo tulis blog lagi. Dah jadi habit aku baca atau cek entry baru blog dia lepas bangun tiap2 pagi (ada yg xberapa nak pagi la...nak dekat tengahari). Bila aku tanya kenapa nak berhenti menulis, jawapannya "banyak hal berlaku. Salah satunya nak bagi laluan kat exam". Nak bg laluan kpd exam tu aku leh terima. Logik dek akal. 'Byk hal yg berlaku' tu yg aku pelik tu. sepatutnya makin byk hal berlaku...makin banyak menda yg boleh di tulis. Bunyi nya mcm sedih dan terkilan. Boleh tak aku kaitkan rasa hati dia yg sakit dgn 'girl'. Dalam dunia ni hanya ada dua benda yang menyakitkan hati lelaki....iaitu wanita dan duit. Aku tak rasa dia ada masalah duit. Apapun aku harap dia cepat2 la recover balik perasaan dia tu. Aku rindukan 'tulisannya'. Ni pun kira kehilangan jugak nih. Apakah yg berlaku?

No comments: