Sunday, April 5, 2009

Rubbish Truck

Semalam aku kena hadir ke taklimat praktikum...sebagai persediaan untuk batch aku g praktikum Jun ni. Hem....apa yg menarik? Tak ada yang menarik. Aku pegi bersama kachak, ika and wiya. Tapi at least, ada menda baru yg aku dapat hari tu. Ceramah memang boring. Sedar atau tidak, ceramah, seminar ni semua mampu menyucikan rohani kita. Motivasi dan semangat aku bertambah lepas taklimat tu. Dah nampak sikit apa yang boleh aku buat untuk masa depan aku nanti.

"...a dream is a wish your heart makes". Itu antara ayat yang berjaya buat hati aku tergerak untuk buat sesuatu yang bermakna dalam hidup aku...sekarang ataupun kelak.

Analogi 1:
Jangan jadi macam rubbish truck, kumpul semua perasaan benci dan marah pada orang. Bila sampah dah semakin penuh, lori akan jadi makin bau. Macam kita manusia, makin banyak simpan dendam dan benci, kita sendiri lama-kelamaan akan hilang nilai kemanusiaan dan tak ada tempat dalam hati setiap orang.

Analogi 2:
Nasaruddin ada cincin. Cincin Nasarudin tercicir. Seorang pak cik tegur Nasarudin...

"carik apa?"
"carik cincin"
"hilang kat mana?"
"kat sana"
"abis tu kenapa kau carik kat sini"
"sebab kat sini ada lampu. senang sikit nak carik. kat sana gelap, payahlah. tak nampak"

kita selalunya macam pangai Nasarudin. Selalu ambil jalan mudah walopon jalan tu takkan selesaikan masalah kita. Kita selalu takut susah.....

Cukuplah. Aku tak mhu jadi rubbish truck atau Nasarudin. Aku mahu jadi aku. Berdiri atas pendirian aku. Tak kan goyah dengan kecaman orang lain. Alhamdulillah aku selamat sampai hari ni...


No comments: