Sunday, April 26, 2009

Aku dan Faizal Tahir

Suatu masa dulu Faizal Tahir pernah digam dari muncul dalam tv gara2 aksinya membuka baju di pentas semasa membuat persembahan di 8tv. Setelah melalui proses temuramah, dia menerangkan bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk berniat liar dan hanya mahu membuat persembahan terbaik untuk peminat2nya. Yelah, kalau dia tahu menda tu bagi kesan buruk untuk karier dia, sapa nak buat kan. Pada masa cerita tu baru2 lagi hangat...aku mengatakan 'eleh...' utk jawapan dan penerangan Faizal Tahir tu.

Perkara yang sama terjadi pada aku. Tapi bukan la peristiwa aku bukak baju. Tak ada keja aku nak membuka baju plak kan. Aku telah menelefon ke sebuah organisasi untuk mengetahui maklumat intern aku. Aku kol bahagian yang sepatutnya, tapi tidak berangkat. Jadi aku kol la managernya. Dengan tak sengaja aku pun perasan la nak beramah mesra. Tanpa menyedari ayat berikut keluar dari mulut aku "Maaf la madam. I ganggu you. I kol bahagian (dirahsiakan) tadi, tapi tak angkat. Maaf ya madam. I just nak tahu information bla..bla..."

Kesan atas tindakan di atas...bukan la aku digam dari muncul di tv 3 bulan. Pehal pulak aku nak kuar tv kan. Lalu kejap kat iklan Harpic pun tak lepas agaknya. Balik kepada kesan tadi, ayat aku tu telah dianggap 'complain' oleh organisasi berkenaan. Jadi bahagian yang aku kol tak dapat tu kena warning la drp head management. Orang2 yang ada authoriti di bahagian yang aku kol tak dapat tu kol aku plak dan komplen pada aku balik...Memang kow2 la gak ayat depa. Aku tak ada jalan lain, I have to take the blame...walaupun aku tak ada niat,atau tak sengaja atau aku sememangnya jahil ttg perkara itu. Aku dipersalahkan dan dikesali oleh mereka. Tak apalah, aku just mengaku salah aku dan anggap tu sbg first lesson aku sebelum menjejaki ke alam pekerjaan.

Aku nak bebalik kepada isu pasal 'complain'. Kalau customer komplen, and kita kena warning by the bosses, kita kena kol balik customer and komplen customer balik ke? Customer always right....right?

Nevermind. Aku pun kesal gak ngan hal ni. Yelah, tak pasal2 org lain turut sama susah pasal perkataan yang keluar daripada mulut aku. Aku bercadang nak visit tempat tu sebelum aku masuk intern utk hari pertama. Apologize properly. Kalau pun ada yang benci aku nanti, harap2 tak semuanya.

Kadang2 dalam hidup ni kita terpaksa menanggung perkara yang tak adil berlaku kepada diri kita. Tak apalah. Tak baik menyesali. Sesungguhnya Allah tak menurunkan sesuatu beban itu kepada orang yang tak mampu menanggungnya. Mungkin aku layak untuk menanggung semua ni. Mungkin ada hikmah. Hanya Allah yang Tahu. Bak kata my rumet "orang yang berjaya bermula daripada kejatuhan"

Dan akhir sekali, aku tabik spring kepada Faizal Tahir. Lepas krisis tu jadi pada dirinya, dia makin meletup. Bukan makin jatuh. Kesalahan kami sama. Iaitu "tak sengaja"....

**Faizal Tahir/ Aku- KAMI SERUPA**

2 comments:

datinISme said...

aku sure..ko pun mesti malatop nnt kat miri port...wahahaha~

mykrusye said...

haha....!!! well u know me...aku ever after malatop!