Saturday, March 7, 2009

KAMI

Mungkin dah lambat sangat dah untuk aku buat review tentang KAMI the movie. Baru tengok. Sebenarnya semasa menaip entry ni aku dalam keadaan emo. Tak puas hati. Sedih. Siap nangis...huhu...

Abu mati. Tu yang aku tak tahan tu...kalo Abu mati, ceta ni cam dah xda sambungan lepas ni. Kalau ada sambungan pun aku malas da nak tengok. Kurang seorang daripada mereka, tak lengkap rasanya. Watak dia ja yang banyak mendorong aku tengok ceta tu. Budak nakal, suka mencuri dan bohong. Tapi dalam persahabatan tabik spring kat dia. Ada satu adegan dia curi cd untuk bagi inspiration kat Ali. Baik tapi salah. Niat tak menghalalkan cara. Apa yang menyedihkan, bapak dia baru menghargai dia lepas dia meninggal. What the hal?Huh.

Aku minat plak dengan watak 'BOY'. Dealer pil2 khayal. Ntah la, setiap kali dia luahkan dialog...ada la gak ala- ala nasir bilal khan...adlin aman ramli. Dialog yang keluar lambat2 dan satu persatu menguatkan lagi watak garang dan samsengnya tu. Pada aku dia ni ada bakat. Harap2 lepas ni bole tengok dia muncul lagi berlakon dalam cerita2 lain.

Kesimpulan : Aku sedih Abu mati.

No comments: