Thursday, March 5, 2009

Aku Sayang Blog Aku

Walau sesakit mana pun hati aku, aku cuba untuk tidak menceritakan perkara buruk mengenai orang lain di sini. Sakit hati, simpan di hati. Memang payah...aku sayangkan sangat blog aku dan aku tak mahu mencelakannya dengan cerita nista berkenaan orang lain. Dulu aku mgkin pernah buat, menyindir seseorang. Aku cuba menginsafi perlakuan aku tu. 

Payah kan bila hati sakit. Of course, kita punya kawan untuk meluahkan perasaan yang terbuku. Tapi selalunya blog tetap menjadi medium  terakhir untuk kita meluahkan perasaan gelisah tu. Aku punya masalah. Hati jadi amat sakit. Memang susah nak buat orang faham apa yang kita rasa. Orang akan lupa apa yang kita katakan pada mereka. Orang akan lupa apa yang kita buat pada mereka. Tapi apabila perasaan mereka dicalar, ada yang sampai mati tak boleh lupa.

Aku selalu tak puas hati bila aku disakiti. Then, apalagi syaitan mula menambah negatif thinking aku pada orang lain. Ikut kajian, marah hanya berlangsung selama 4 minit lebih. Kalau lebih dari tu kita masih bermasam muka, sehari...dua hari...dan lebih dari tu, ianya dah dikira sebagai dendam. 

Dendam. Buat muka jadi hodoh. Produktiviti menurun. Badan tak sihat. Tak dapat hidayah. Bila tak dapat hidayah hidup jadi tak gembira, tak best.

Aku menginsafi perkara tu lagi...dah tentu aku pun pernah terlibat dengan dendam.

Kenapa ya kita disakiti...padahal kadang2 kita merasakan kita sudah penat cuba memuaskan hati seseorang. Keep on entertaining other people all the time.
  
Asbab...?
  • Allah memang nak menguji kesabaran kita
  • You deserve what you get. Kadang-kadang kita terlepas pandang, kita juga mungkin pernah menyakiti orang lain. Apa salahnya kalo kita pula disakiti? Karma.
Apapun, aku bersyukur masalah aku selesai tanpa perlu mencela atau marah padanya di sini. Apa yang aku dah buat? Aku pn hampir tak percaya. Hati aku jadi kuat. Bercakap dari hati ke hati dengan individu itu. Bukan senang, payah. Malah aku sendiri merasa sakit kerana terpaksa mengeluarkan kata yang menyakitkan hatinya. Tapi aku ikhlas dan tidak ada niat untuk menyalahkannya semata-mata, Alhamdulillah...ianya berakhir dengan baik. Aman. Tiada perkelahian.
 

Aku akan menulis.... kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, rasa fed-up...segala- galanya. Tapi semuanya tentang aku. Bukan orang lain...Sebab : AKU SAYANG BLOG AKU (^_^)



No comments: