Monday, March 2, 2009

Eh!



Eh! keluaran Mac bertemakan musim bunga. Majalah ni adalah peberet aku. Kalu tak beli rasa cm hidup ni tak sah. Cover girl Liyana Jasmay. Tengok dari jauh tak macam Liyana Jasmay. Itulah kuasa dan ilusi make-up, mampu mengubah personaliti seseorang.

Apa yang menarik?

Trend musim bunga. Aksesori kalung 'chunky' yang dempak mewah kekal menguasai pentas peraga. Diberi suntikan sedikit Retro, Vintage dan Suku Bangsa. Yang paling menarik perhatian aku kalung lapisan butir biru, Giorgio Armani...how I wish I can have that...

Kasut! Ya...aku memang mudah jatuh cinta dengan kasut. Paling menggoda kasut Louise Vuitton koleksi bunga 2009. Harga tidak diketahui dan aku tak mahu tahu. Entah bila aku boleh membeli kasut harga mcm tu.

Sudut horoskop kali ni pun mempamerkan zodiak dan bunga. Apa yang menarik ulasan tentang diri aku kali ni memang agak tepat.

GEMINI (Romantika Lily, esotika Pakis)
"Komunikasi dan bahasa sangat penting bagi mereka. Mereka memiliki kemampuan berkembang dan menimba ilmu yang tinggi. Umumnya Gemini tidak stabil, reaksi terhadap situasi ditentukan oleh mood mereka. Pengetahuan, fikiran yang pantas dan kepandaian jelas terlihat pada pemilik zodiak ini. Mereka mudah berubah- ubah. Simbol ini memiliki pesona alami dan kuasa karisma yang menarik semua zodiak. Mereka memiliki banyak idea yang membuat kita tertarik, namun mereka cenderung amat bosan jika mereka berada di sekitar individu yang enggan menyetujui mereka. Dalam cinta, Gemini sukakan cabaran dan perubahan"

Pasal bab cinta tu aku tak pasti...Tak sabar nak tunggu Eh! keluaran April pulak.





2 comments:

haleem.arbi said...

sekali tengok mmg liyana jasmay!
x perlu tgk 2 3 kali..hehehehe..

mykrusye said...

ya meh...? Hehehe