Sunday, February 22, 2009

Good Presentation

Apa yang best hari ni...?

Emm...ya. Presentation.

Dalam reseach methadology hari ni ktorang kena present sal literature review. Sebelum tu aku ada test non-para. Kalo aku xdapat present, xlarat ke...aku dah pesan kat group member aku, shikin untuk present bg pihak aku. Tapi exam non-para tu masih boleh aku katakan senang dan xmempengaruhi emosi aku sangat, so aku amik keputusan untuk present je la. Lagipun presentation kali ni ada markah. Bukan aku xyakin dgn group member aku lain untuk present, tp kali ni aku yang banyak buat keje, so aku rasa aku lebih tau. Hopefully, aku dapat present elok.

Tajuk research aku STRESS LEVEL IN UUM'S COMMUNITY. Cam simple, tp nak menjadikannya research susah gak. Dalam aku dok pot pet pot pet...aku try elaborate sikit2. Yang paling banyak respon bila aku katakan stress level ni ada kaitannya dgn relationship seseorang, di mana orang yang belum kawen ni lebih mudah stress banding yang dah kahwin. Kenapa? Sebab bila kawen, orang tu having seks. Bila having seks, diorang dah keluarkan sejenis hormon (yang namanya aku malas nak menaip, panjang sgt). Jadi, secara tak langsung fisiologi diorang balance dengan emotional. Ye ke? Cam tu la lebih kurang. Aku dapat information daripada journal. Malas nak baca yang lelain, aku just nak cari kaitannya dengan stress ni.

Macam biasa, kaum yang paling berminat adalah kaum lelaki. Macam2 depa tanya aku. Mana la aku tau. Ingat aku mengkaji bidang seksologi apa. Kaitan stress dgn kesihatan, umur, jantina tadak plak diorang tanya bebanyak. Hehe...Aku pun selamber badak menerangkan apa yang aku tau.

Aku tau ada yang xselesa. Terutamanya pmpuan. Ada lagi yang tak berfikiran terbuka tak boleh menerima perbincangan tentang hal tu secara terbuka. Apapun, aku puas hati. Pensyarah kesayangan aku yang baik hati, puan sharipah memuji presentation aku. Dan dikatakan "good presentation" . Tapi selepas aku, Darrel plak dapat title  "best presentation". Hehe...apa2 je lah. Yang penting nama aku dan dia selalu kena sebut dalam kelas tu. Tak Darrel, Suzana. Tak Suzana, Darrel. Kenapa? Senang ingat kot. Apapun, aku hepi. Mungkin dah lama tak kena puji dengan pensyarah kot (kot...kot...baju kot ke?), salu kena lecture je. Heh!

Hem...rasanya kita bukan rakyat tanah Melayu lagi. Kita kan rakyat Malaysia. Berbincang dan menyebut soal seks demi dikaitkan dalam pendidikan pun jadi masalah, macam mana kita nak hadapi perkara yang lebih susah? Kesantunan gadis melayu tak dapat selamatkan kita. Ilmu yang dapat membantu. Bagi aku tak perlu takut berbicara soal2 yang sensitif dan agak menyeberang dari asas kesopanan seorang gadis...nama pun belajar kan.

2 comments:

haleem.arbi said...

agree with u..
i know majority of malaysian students masih x open kalau ckp hal2 berkenaan seks..

and that is totally different over here..aku ada amik kelas sociology..and one of the chapters explores pasal sexual orientation and we discuss it openly in class..i like the way americans perceive this issue..

i think it's about time..the time will come when finally we'd be able to take about almost everything and openly back in Malaysia..

**apa2 la yang aku merapu tok kan?? hahahaha..**

mykrusye said...

Hehe...at least...ada juak org brik comment ttg entry kali tok. Sekaligus menunjukkan aku sik syok sendiri ataupun pendapat aku terpesong.

Bena ba. Bait kita belajar ttg tok. Malu punya malu...org melayu juak ter'pregnant'. Sal apa? Huhu...tauk polah tp sik tauk protection (despite isu agama, mun kaitkan isu agama...of course da berdosa).

Maksud aku, ya la masalah org Melayu. Malu punya la malu...last2 apa pun sik tauk.