Friday, February 27, 2009

Beban

Macam mana aku nak mulakan....?

Perasaan aku sekarang ringan sangat. Seolah2 beg sekolah yang penuh dengan buku teks, dah lepas daripada bahu aku (apa la punya perumpamaan). Malam ni aku dah buat perkara yang diluar jangkaan aku. Bersemuka dengan mereka yang dah tak bertegur sapa dengan aku hampir setahun. Berbicara dari hati ke hati. Bukan untuk memperbaiki keadaan, sekadar untuk mendengar kata hati yang tak sempat nak diluahkan sebelum ni. Entah dari mana aku dapat kekuatan untuk bersemuka dengan mereka. Mungkin kerana masalah yang membelit aku sekarang membuka mata aku untuk berfikir sekali lagi adakah jalan yang aku pilih sekarang tepat?

Sebelum jumpa mereka aku kumpulkan seluruh kekuatan yang ada dalam diri aku untuk melangkah...mencari mereka. Masalah yang terjadi kali ni benar2 mendatangkan keinsafan...iaitu jangan hanya menilai dan fokus pada satu jalan. Kerana jalan itu belum tentu membawa kepada pengakhiran yang menggembirakan. Aku sebenarnya bukan watak utama dalam kejadian konflik mereka nih. Tapi entah kenapa atas dasar simpati dan mendengar daripada satu pihak ja...aku pilih apa yang aku nampak, yang jelas dan terang. Aku tak fikir panjang. Terikut2...Aku tak tahan dan tak mahu menanggung dosa kering. Aku tepis segala keegoaan. Dan akhirnya beban aku terlerai.

Aku dah dengar apa yang mereka ingin kata. Dan mereka dah dengar apa yang aku ingin kata. Bukan untuk mengenal pasti sapa salah, sapa betul. Cukup sekadar mereka tahu aku tiada menyimpan sebarang dendam dan aku masih menghargai kebaikkan mereka kepada aku. Kami sama2 menangis bila mengingati kembali semua tu....kenapa kami yang tidak bertegur? Padahal itu semua sebenarnya bukan masalah kami...

Ini baru berbicara soal kawan...dan aku sudah mulai tersalah pilih. Kalau nak cari suami macam mana? 

Ah....benda da lepas. Sekarang beg sekolah yang penuh dengan buku teks dah lepas daripada bahu aku....

No comments: