Thursday, January 22, 2009

kasih Sayang

Lama da aku tak layan blog. Sibuk manjang. Sekarang cuti mid-sem baru mula. Dan aku tak ke mana2. Hope aku leh manage blog aku jadi lebih menarik. Tiada niat untuk menjadikannya sebagai bahan untuk orang lain baca. Tapi bagi yang sudi meluangkan masa untuk membaca blog aku, terima kasih banyak2. Tiada apa yang menarik...kerana semuanya tentang diri aku.

Nak mulakan dengan apa ya...???

Bismillah....

Aku ada terdengar cerita tentang seorang kenalan. Orangnya tampan. Ada harta. Ada rupa. Tapi dia komplen. Kononnya lelaki berkenaan, ok...aku namakan Mr X, kena sumpah. Macam mana dia boleh kata diri dia kena sumpah sedangkan pada mata org lain hidup dia da cukup sempurna?

Sebab....

Dia banyak kali bercinta. Dan banyak kali putus. Atau lebih tepat ditinggalkan. Satu perkara yang aku kagum dengan Mr X ni dia fighting for his love. The gal da kata putus....dia still cari jalan untuk satukan kembali hubungan diorang. Ye la...pmpuan mana yang tak suka kalau lelaki tu usaha kan. Tapi, apa yang kita buat biarlah semuanya moderate. Tak payah lebih2. Kalau tak you look pathetic!

Mana silapnya???

Aku kesian dengan X ni...tapi rasanya punca datang dari dia sendiri.

1. Kira ni bukan kali pertama perkara yang sama berlaku kat Mr X. Agak2 napa ya dia still handle pekara2 mcm ni dgn cara yang sama? Please...ambil pengajaran kalau benda yang menyedihkan berlaku pada diri kita. Carilah cinta...bukan perempuan semata2.

2. Aku rasa banyak gak laki yang pangai cm Mr X ni. Pada pandangan aku dia suka cari gal yang dia tak malu nak tayang sana sini. Dengan kata lain...good looking. Bukan tak boleh. Boleh je...bagus pe kalo mak we korang cantik. Tapi korang serasi ke? Pada korang, mgkin korang sepadan. Pada dia? Maybe dia rasa dia cantekk sangat dan korang xpadan dengan dia. At the end, perkara seperti break-up akan berlaku. Kalau korang rasa korang 7/10....ada baiknya cari yang 6/10,5/10 atau 7/10 gak. Baru seimbang.

3. Mr X...dan juga saya dan kepada sesiapa saja yang membaca entry ini, sayangilah sesama manusia, hormati sesama manusia, hargai semua orang kalau kita ingin mendapat cinta yang ikhlas daripada seseorang. Kalau kita berkawan pun pilih bulu...besar kemungkinan kita akan dapat balasan yang cm ni lah...susah nak dapat absolute love. Sebab apa??? Hati kita sendiri tak pernah nak menyenangi orang lain seadanya. Hati yang kotor jadi kalis cinta. Mungkin ada yang mencintai, tapi atas sebab yang kita xboleh nak nampak...cinta tu tak berpanjangan.

Ini bukan penulisan untuk mengutuk sesiapa. Cuma untuk peringatan untuk diri aku dan kepada pembaca yang sudi menerima pendapat yang sama. Kalau nak dicintai, sebenarnya ia bermula dari hati kita sendiri. Berkasih sayanglah dengan sesama kita. Tiada kebencian. InsyaAllah, kita akan jumpa dengan orang yang benar2 cintakan kita.

3 comments:

Anonymous said...

siapa itu mr x?hehe..mau kenal

mykrusye said...

hehe? mr x ya ada la seseorang yang aku kenal. jenis2 laki yang rasa dirik hensem and hot ba...biasa la.bila da cm ya, nya sik aprreciate apa yang nya ada.

datinISme said...

huh!...SENTAHP!