Monday, January 26, 2009

Idaman Hati Aku (M, A atau T)

Mata aku tak boleh lelap. Mungkin sebab hepi atau 'ter'excited sikit. Hari ni 3 lelaki idaman hati aku contact aku serentak. Ntah diorang mimpi apa ntah. Lama da xdgr kabar. Aku ingat diorang da lupa kat aku. Yang tak tahan tu, bukan setakat contact biasa. Bukan sekadar tanya kabar aku. Topik yang diorang keluarkan adalah berkenaan dengan soal hati. Soal hubungan kami...betul la kata orang. Cinta ni kadang2 ikut mood. Kalau tak ada tu, memang tak ada langsung. Sampai kadang2 rasa lonely gak. Kalau da ada tu...ambik kau. 3 datang sekaligus. Aku bukan cantik. Tak hot. Mungkin sedikit bertuah kerana dianggap penting oleh 3 lelaki ni...Mungkin. Kalau aku perasan tu, aku tak tau lah.

Aku mula fikir tentang setiap seorang daripada mereka. Kali ni lebih dalam.

Teliti...

Mr M
Aku kenal dia sejak Form 1 lagi. Bangsa Kenyah. Paras wajah...hem...A+. Aku segan kadang2 jalan sama dgn dia. Classmate aku, selalu duduk belakang aku, ambik gambar kelas berdiri belakang aku dan berbaris kat kantin pun belakang aku. Katanya aku ni dah macam bayang2 dia. 

Tapi masa zaman sekolah aku dan dia tak pernah cerita pasal cinta. Hanya kawan. Aku senang dia selalu ada kat mana je aku pergi. Kalau dia ponteng sekolah aku susah hati. Bila aku pindah sekolah sains tingkatan 4, aku mula rasa rindu. Rindu sampai menangis teringat kat dia. Dia tulis surat kat aku ( masa tu masih tulis2 surat), dia tak biasa aku tak ada. Jadi dia kena kerja kuat supaya dia boleh bersama dengan aku ke mana ja aku pergi. Dia agak slow dalam akedemik...dan aku masih nampak dia berusaha sampai sekarang. Dia belajar diploma dalam bidang dalam architecture kat UITM, Kota Semarahan. 

Dia terlalu sibuk nak kejar pencapaian aku (aku bukan pandai sangat pun), nak setaraf katanya, sampai jarang hubungi aku. Kadang2 aku rasa hubungan kami mulai renggang. Sesuatu yang sweet tentang dia, M romantis orangnya. Walaupun jarang hubungi aku, dengan pekara2 romantik yang dia buat...susah aku nak lupa kat dia. Dia bagi aku model 'rumah impian dia'. Aku tanya "kenapa nak bagi aku benda ni?"...dia jawab sambil senyum "sebab aku pun ada sekali dalam rumah impian dia". Hehe...aku senyum cm kerang busuk. Cair siot...Dan perkara paling baru dia buat, hari jadi aku yang ke-21 lepas...dia nyanyi lagu "I'M YOURS" secara life untuk aku di Taman Awam Miri.  Dengan suaranya yang ala- ala gebeks itu, banyak gak orang2 kat situ gelak. Tapi dia nyanyi jugak. Aku rasa cm nak jatuh je dari jambatan jantung tu...Ye la...sapa la aku. Rasa best plak bila ada laki hensem nak nyanyi kat aku. Sekarang dia tengah praktikal, lagi la dia jarang contact aku. Dan tepat kol 9 tadi dia kol... dia kata "aku suka kau, tapi aku kena kerja lebih sikit. ko kena tgu...sikit lagi". Hati aku terusik jugak. He always make me felt appreciated...continuosly.

Mr A
Yang ni pelajar jurusan syariah, imam di masjid dan ustaz di salah sebuah sekolah agama di Miri. Setiap kali aku fikir pasal dia ni, dahi aku mula berpeluh. Bukan sebab hot (panas) atau dia yang hot (sexy), tapi sebab dia ni kira impian semua pmpuan biasa. Tengok muka pun hati jadi sejuk. Dia ni anak kepada adik angkat arwah bapak aku.

Dulu keluarga dia susah, bapak aku tolong keluarga dia walaupun pada hakikatnya kitaorang pada masa tu bukan senang sangat. Ayah dia sayang sangat kat arwah bapak aku. Memang ada gak keluarga kitorang berbincang nak menjodohkan aku...bukan dengan dia. Tapi adik dia untuk memanjangkan erat antara keluarga kami. Sejak kecik lagi aku lebih suka main tembak2 dengan Mr A daripada adik dia. Dia selalu mengalah dengan aku. Biarkan aku tendang bontot dia, biarkan aku makan aiskrim dia dan biarkan aku dikendong dibelakang dia. Kira dia adalah Prince Charming aku masa kecik2 dulu. Bila dah besar pergaulan kami agak kurang rapat. Ye la...dia pun dah makin Islamic. Aku jadi rapat semula dengan dia masa ayah aku meninggal. Dia yang uruskan semua soal jemaah, tahlil, bacaan yasin. 

Mr A ni kurang sosial. Individualistik. Kalau keluar jejalan pun dengan famili. Jarang keluar rumah, hem...jauh beza dengan aku. Pada masa kenduri tahlil, aku beborak dengan Haleem, skulmet aku yang pada masa tu sempat gak datang. Aku nampak dia menjeling dari jauh. Nampak sangat dia tak senang. Masa tu aku mula rasa keadaan dah berubah. Aku tak mungkin boleh bersama dengan dia. Maksud aku...aku memang macam ni. Aku tak boleh jadi drama queen jadi wanita solehah di depan dia. Kalau dia betul ikhlas, sepatutnya tindakan berbual dengan lelaki lain bukan perkara janggal di mata dia. Aku biasa aja. Latar belakang agama taklah sekuat mana...Tapi dia tak pernah persoalkan tentang perangai aku setakat ni la.

Cuma hati aku tambah tawar bila dia tak buat atau cakap apa2 tentang isu penjodohan aku dengan adik dia. Anak soleh mgkin. Aku pun malas sangat nak layan walau pada masa ni aku rasa konfem aku suka kat dia. Tengok la mcm mana nanti. Aku terkejut bila dia kol petang tadi. Bagi statement yang buat aku tak boleh tidur malam ni. " Dalam hati aku hanya kenangkan kau. Aku tak boleh biar kau dengan adik aku, sebab dia tak pernah suka kau. Jangan risau ya, nanti kita dapat sama jgk" (setelah dialih bahasa daripada bahasa sarawak. Kalau dalam bahasa sarawak, statement itu tak da la geli sangat). Hati aku terusik lagi. Kejap2 mcm tak peduli, kejap2 mcm suka. Aku tak faham lelaki. Actually, dalam hati aku pun selalu kenang dia. Lupa nak nyatakan di sini, muka dia ala2 Shah Rukh Khan. Macam mana la aku tak kenang...

Mr T
Dia ni aku paling baru kenal. Itu pun kenal kat YM. Tapi dah pernah jumpa dan berkawan. Setakat ni aku dah kenal dia kira2 2 tahun lebih. Mamat ni la paling control macho. Ego. Cakap asyik nak menang je. Tapi apa yang baik pada lelaki ni, dia tak pernah lupa perkara yang aku pernah cakap kat dia. Benda2 remeh yang aku cerita tahun lepas pun dia masih ingat. Aku tak tahulah kalau aku yang short term memory atau otak dia memang mudah nak ingat. 

Lagi satu, dia ni memang caring. Selalu tanya kabar. Dan ironinya, kalau aku berdepan dengan problem, dia cm tau2 je. Mesti dia muncul time tu. Hem...dan dalam kol 11 mlm tadi dia kol (dia ni kol aku tak terkejut la...sebab dia selalu gak keep in touch). "Bila nak jumpa lagi? Aku nak kenal ko dengan lebih dalam. Kalo boleh lebih dr kawan". Kalau dia tau yang aku makin tembam dia nak ke? Hem...aku tak kisah sangat.

Hari ni aku macam menang cabutan bertuah kan?

3 lelaki yang selalu aku fikirkan bagi kata2 bermakna kat aku hari ni. Memang logik aku tak boleh nak tido. Bukan selalu ada orang suka kat aku. Bila diorang approach macam ni, aku jadi gelisah gak. Terasa la...aku pmpuan biasa. Tapi kenapa datang dalam satu masa? Aku bersyukur kalau diorang betol2 suka kat aku macam yang diorang kata. Harap semuanya ikhlas. Aku tak mahu perasan. Perlu ke aku buat keputusan?

Tak pe kot...aku kena rileks dulu. Banyak menda penting masih serabut dalam kepala hotak aku yang dah naik jambul nih. Aku akan tunggu. Bila masanya dah sampai... Allah akan tunjuk siapa yang diciptakan untuk aku. Waa...malam ni aku jadi pemujangga. Mgkin sebab dah kol 5.40 pagi dan aku masih tak boleh tido!!!


5 comments:

haleem.arbi said...

suz,
reading this entry makes the naluri seorang sahabat dlm diriku menyarankan aku bersuara untuk mengemukakan pendapat..

opinion aku la..relationship works if u be yourself and not trying to be other people..and i see that when u r with Mr. M. I know he must be a sweet boy indeed. I'd recommend kau ng nya, even aku rasa religion would interfere in between later..
oh, the singing thing..it is the sweetest thing i've ever heard from u!! omg! sweeeeeet okayy!

Mr A.
hurm...jauh panggang dari api suz..nya nangga kta dua klaka dah menjeling..camne nya nk hanle kau for the rest of your life?? xkan mukanya jak mok d tangga nak?? i know nya mmg calon suami yg suma pompuan maok, but my fren, u shud be realistic ok!

Mr. T
**lupak apa d crita ko tek**
.
.
.
.
.
ok, no comment bout him..

so it's clear now..it's the battle between the ustaz and the Kenyah..

whatever it is suz..u decide ur life..this is just my humble opinion..

mmg dah masa dh kta fikir pasal benda tok kan?? hehehe...

mykrusye said...

dear haleem,
hehe...perenggan pertama comment ko ya nang serius alu bunyinya. Thanks la concern dgn menda yang aku cerita ya. Sik ada niat aku untuk madah dgn semua org hal peribadi. Aku nang tension alu luahkannya dalam blog.

Terus terang madah nang nek tok aku hati aku lebih kepada Mr A. Tapi entah, kadang2 aku rasa ada menda menghalang, menda yang sik dapat aku sendirik nampak.

Things should be easy if aku dengan Mr M kan? Hehe...sik tauk lah. Nangga la sejauh ney nya suka ngan aku. Mun ada jodoh ada la ya. Menda yang maybe jadi susah ant aku dgn nya adalah agama. Nya nang kuat agamanya. Nya penah marah aku sbb msg nya masa nya sembahyang hari ahad. What aaa....complicated na juak bila pk hal cm tok. Apapun...nya nang sweet la. Aku salu riso sal badan aku. Tapi nya rasanya shape aku ya la molah aku cute. Katanya la...bukan aku. Hahaha...

Mr T sik ada problem gilak. Sal aku bok kenal.Tapi nya pun bait. Haduh...penin aku!

Thanks Halem...Thanks bukan sbb ko baca blog aku. Thanks sbb ko ambik berat apa yang berlaku dalam hidup aku.Thanks a lot.

haleem.arbi said...

hurmm..
no big deal suz..that is what friends are for..

so seems now dgn duak2 A and M ada penghalang..just that penghalang relationship ko ng A is yet to be found out..I know than you might think he deserves a better lady dr kau, meaning he's too good for you..am i right??

But suz, with M, ure being urself..nya trimak kau seadanya..no need to alter this n that **u know wat i mean**
but, isu agama yg mmg serius..tp kalau nya bena2 mok ng kau, nya akan sanggup buat apa2 suz..even to convert..and this wud mean u have a hell of a big task girl! ko pandey2la berdakwah ngannya..kalo ko berjaya suz, besar ganjaran Allah berik..tapi niat kenak betul la..

haleem.arbi said...

**sambungan**

so, as what i told u earlier..the choice is all yours dear..sembahyang istikharah mintak petunjuk..doa banyak2 suz..Allah akan tolong..

apa2pun, tyme ko dilema2 tok, it's good for u untuk terus mengenal hati budi cdak ya..it might help..make sure ko kenal cdak dr A sampey Z..jg kelak dudi hari menyesal..

**oh we really need to chat thru YM dont we? hahaha..tp aku busy la..**

anyway, do u hv any pictures of them?? that might help me to help u decide..hahahaa..

mykrusye said...

Dear Haleem,
Sori la. Seem that aku dah memeningkan palak kau dgn persoalan aku tok. Hehe. Anyway, thank u la sbb trying to understand d situation here.

Pendapat ko molah aku lebih banyak dikir tentang Mr M nek tok. Nya maok aku, tp soal agama nya sik mok bincang dolok. Hem...bunyi cm tough kan. Berdakwah? Hehe...aduh. Aku tgh memperbaiki dirik kedirik, tp untuk berdakwah dgn org lain aku sik sure eh.

Yup. Tepat skali. Aku nang rasa Mr A deserve a better lady. Nya molah aku rasa sik seimbang bila di sisi nya kelak.

YM? hehe...sik apa la Lem. Aku pun paham ko busy. Ko jarang jwak online. Aku pun ngah final sem tok. Terlalu busy untuk bincang hal tok detail2.

Picture?
Hem...Mr M ada. Mr A nok sik ada. Tapi sal gambar sidak ya...biarlah rahsia dolok. Boleh?

Cm tok jak. Aku sik mok decide apa2 dolok. Macam ko padah, the best way is kenal cdak bena2 dolok. Lagipun sbnarnya pmpuan xda hak memilih gilak (pmpuan sikit dr laki). Just kali tok aku lucky sikit, 3 lelaki dtg dalam masa yg sama. Sapa yang sudi terimak aku dr seburuk2 perkara (sudi terimak kentut aku bau) and terimak sebaik2 perkara (if pada cdak aku tok fine lady)...lak aku dgn org ya la. Boh riso, mun aku dah mok settle down lak, aku padah ngan ko. Tapi lamak gk la...hehe. Thanks. Doakan aku jmpa org yg betul. God bless u Haleem!