Sunday, December 14, 2008

Lelaki Tisu dan Gadis Jogging Seluar Jeans

Mak aku masih belum balik dari Kuching. Aku sunyi kat umah. Salah satu agenda nak hilangkan rasa bosan ialah jogging waktu petang kat Taman Bulatan Miri. Teman aku selalunya Siti, jiran sebelah rumah merangkap sepupu aku. Tapi bukan jogging bebeno pun...takat lari 30 meter. Pastu berenti. Borak2 balik dengan Siti. Masalhnya bukan pada aku. Dak siti ni kuat sangat tabiat boraknya. Susah nak stay quiet untukn beberapa minit jak...tapi dialah teman sejiwa aku sejak dari kecik. Orangnya kacukan Pakistan. Cantik. Tapi tak selari dengan pencapaian akedemik la. Sekarang dia keja sebagai cikgu sekolah tadika. Semua tu tak penting. Yang penting dia memang baik. Untung la memana laki dapat bebinikan dia...

Tak tahu nak sambung tulis apa...

Berbalik kepada topik aku jogging tadi. Kekadang aku memang bengong sikit. Kalo da takda seluar trek, aku belasah je pakai seluar jeans. Bukan tak ada. Banyak. Tapi aku tak bawak balik la. Kat kedah nu banyak la. Hehe...aku peduli hapa. Hai...cam ne la nak ada boipren. Perwatakkan aku memang tak menarik. Aku selalu pakai hentam je asal badan aku tertutup. Aku bukan reti nak berpesen2. Keluar dr umah bukannya nak make-up2. Muka aku ni jarang sekali diletakkan apa2. Memang bertuahlah pada sesapa yang penah tengok aku make-up.

Terus terang cakap. Bila jogging aku tak pakai tudung. Aku tahu berdosa. Entah aku tak tahu napa. Taman tu depan umah aku je. Jadi, aku rasa taman tu dah sama macam ruang dalam umah aku gak. Orang2 kat situ pun jejiran aku. Tak da plak rasa kekok. Tapi aku tetap ngaku perbuatan aku salah. 

Nak dijadikan cerita...bila aku jogging, aku pun tak tahu napa...ada waktu2 tertentu aku akan menoleh ke belakang. Korang penah ke buat camtu? Yang peliknya...tiap kali aku menoleh, aku akan tertengok lelaki yang sama jogging di belakang aku. Tapi selalunya dia dah 3 round aku belom pun abis 1 round. Aku rasa dah banyak kali aku toleh belakang musti dia yang ada di belakang aku. Takkan aku nak cakap "eh, kenapa awak ikut2 saya ha?". Tak pasal2 masyarakat sejagat benci kat aku plak kang. Mengada-ngada namanya tu.

Lelaki tu? Hem....tengok dari gaya mcm bukan org sini. Maksud aku non-sarawakian. Macam mamat semenanjung. Gelap2, mata tajam, hidung mancung...berbadan besar. Kira 'no woman would resist him' punya type la.

Petang semalam ada satu kejadian yang membuatkan aku nak masukkan dia dalam blog aku ni. Macam biasa. After 2 round aku jogging, aku akan stop di satu spot nih. Spot tu memang tempat aku buat scretching la (betul ke ejaan? hentam ja la). Aku nengok ada satu tisu dilipat cm belon (kapal terbang) dan disisip atas meja tu. Baik Punya. Aku amik. Belek2 cm ada benda yang ditulis kat situ. 

Gadis yang Jogging dengan Jeans,
Awak nampak paling pelik kat dalam taman ni. Tapi rambut awak cantik bila ditiup angin tiap kali awak menoleh ke belakang.

Aku tak pasti samada aku perasan atau tisu tu memang untuk aku. Bila aku toleh sekeliling and aku siap buat 1 round lagi, dia dah tak ada. Selalunya aku balik dulu sebelum dia. Bahasanya amat baku dalam tisu tu. Aku rasa cm nak gelak. Oleh kerana pada hari tu tak da sesapa yang jogging dengan jeans selain aku, aku anggap tisu tu memang untuk aku. Aku bawak balik.

Walaupun dia puji rambut aku cantik (huh...cantik ke? ketak je!) aku rasa bersalah. Kejadian ni buat aku sedar, aku tak mahu aurat wanitaku yang menjadikan aku punyai daya tarikan. Daya tarikan terhadap lelaki. Dosa bertambah lagi...

Petang ni aku nekad jogging dengan menutup kembali rambut aku. Pakai tudung kecik pun tak apa. Janji tutup.

Untuk lelaki tisu tu...aku tak mahu toleh ko lagi petang ni.

4 comments:

haleem.arbi said...

hamboi hamboi!
manchit juak kitak!
hahaha...

mykrusye said...

manchit ya apa? kazen aku cakap "menipu" kot.
mgkin pasal sentence "umah aku kat depan taman bulatan kot". skang aku tgal dengan mak su aku kat piasau. dan umah dia memang kat depan taman bulatan. dari kecik aku memang salu tido kat situ kalo pak su aku p laut. aku dah rasa cm umah aku. aku mgkin salah menggunakan ayat. tp aku tak mungkin salah gunakan blog aku sendiri. aku tak anggap ada pembaca lain selain aku. jadi, xada sebab aku nak menipu. sayang blog aku....

mykrusye said...

my fren confess...mancit is act meletup
hehe...salah faham. bekareh nya ya. minta maaf n thank u haleem. ada cerita lg di sebalik cerita lelaki tisu dan gadis seluar jeans. hanya haleem dan aku tahu.

Anonymous said...

mok tauk juak suz..cm best jak..hehee...cm lam ceta wayang la pulak..cm tauk2 jak laki ya nya akan jumpa ko kan..siap sedia kertas ngan pen gik..hehe