Thursday, May 7, 2009

Home Sweet Home

Aku dah berada di rumah dalam 5 hari. Tak ada banyak aktiviti menarik yang aku buat pun. Mak aku masih berada di Bintulu. Menjaga kakak aku yang baru je lepas bersalin. Aku jadi ketua kampung di rumah. Mengemas, memasak, jadi nanny kepada anak buah aku...Aimin.

Berikut adalah gambar Aimin yang sangat hepi apabila di bawa berjalan2 di luar rumah.





Bila dah ada kat umah...keja aku tadak lain. Memasak. Memasak. Dan memasak. Hasilnya...bagi kat jiran2 sebelah. Sebabnya famili aku dah tembun makan makanan yang aku masak. Saja aku nak try skill aku, masih boleh tak masak setelah lama meninggalkan dapur.

Kebetulan masa aku banyak dihabiskan bersama Aimin, aku masak macam2 jenis kesukaan kanak2 aku masak. Semuanya manis2...sekarang aku tahu kenapa budak2 suka aku. Pudding, kek cokelat, dan resipi yang baru sekali aku cuba buat aiskrim. Tak berapa nak jadi. Tapi boleh la...

Nasib baik ada Aimin di rumah. Tak da la aku mati kebosanan. Bila balik kampung, aku jenis yang memang terperap di rumah. Bukan tak ada kawan ajak berjalan. Ntah...aku malas nak bersesak di tempat yang ramai orang. Bercerita perkara2 yang lepas...(bunyi macam anti-sosial kan). Rata2 kawan akan ajak pegi shopping mall...tengok wayang. How I wish ada kawan mengajak aku g pantai atau g kelas mengaji sama2. Hahaha...hem...ikhlasnya memang itu yang aku fikir selama ni.

Bila masa2 aku diisi dengan menjaga si Aimin ni, jauh di sudut hati aku kesian kat dia. Ye lah, budak yang ditinggalkan ibunya sementara pergi bekerja. Terdetik di hati aku, bila aku dah kawen dan ada anak nanti, aku pun mesti bekerja dan meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain kan? Aku punya cita2 untuk jadi ibu yang baik. Menjaga dan membesarkan anak dengan tangan sendiri. Tapi tu dulu. Bila dah besar aku makin banyak berfikir. Wanita kalau nak selamat, jangan sesekali berhenti kerja. Kerana lelaki adalah makhluk yang tak akan boleh dijangka walau cinta padanya dalam sampai ke perut bumi. Kerjalah penyelamat apabila wanita ditinggalkan.

Eh...kenapa aku bercerita hal ni?

Aku nak kawen ke....??!!!!

Owh...tidak!!!!

** End Of Boring Mood**

2 comments:

cafiena said...

bahagianya muka aiman yaa..

mykrusye said...

hehe...aimin okkk....bukan aiman (^_^)