Monday, July 27, 2009

New Me

Pengalaman berkawan masa di universiti dulu, banyak yang pahit daripada manis. Ada yang membuatkan aku xbetah nak berkawan rapat dan berbaik sangat dengan sesiapa. Kelembutan kadang2 membuatkan kita menjadi bodoh tanpa kita sedari. Di tempat praktikal ni, aku cuba menjadi profesional, bergerak sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Pengalaman dulu2 masih berbekas dan kadang2 membuatkan aku sedih. Itu baru sedih berkawan, kalau sedih sebab centan...aku tak tahulah kan. 

Tapi bukan senang nak berubah untuk menjadi orang yang tak peduli/tak respon terhadap sekeliling. Sebab aku memang orang yang mempunyai tahap keperdulian yang tinggi (bukan aku cakap, orang cakap). Orang2 di Miri Port ni sangat baik. Susah aku jugak kalau aku bersifat terlalu "menyimpan". Ternyata...orang dewasa memang berbeza dengan remaja. Setiap pagi aku bangun dengan penuh semangat ke tempat praktikal, no doubt, projek2 tu memang menyesakkan kepala aku. Tapi....I like being in here.

Terlalu baik dan menarik untuk tidak mempeduli atau tak ambik kisah. Aku buat kerja aku dan berkawan seperti biasa...Jauh di sudut hati...agar semua yang dulu tak berulang lagi. Aku berharap aku boleh berkawan dengan baik, tanpa meng'iya'kan semua perlakuan.

No comments: